aku bukan ler taknak post entri selalu kat dlm blog ni, almaklum ler, ada hari2 tu mmg terlalu sibuk..... aku minta maaf khasnya kepada pengunjung setia dan terutamanya kpd yg tergamak mencadangkan supaya aku letakkan batu nisan atau kebumikan saja blog ini. Terima kasih atas semua cadangan itu. Ada ubi ada batas.....jaga korang!
guru2 di skola aku tidak ler seramai mana namun hati mereka tetap ler lain2 dan sejak dua menjak ni pelbagai masalah timbul. Pening jugak kepala aku dibuatnya, ada jugak terfikir mcm rasa2 nak bertukar jer ke skola lain. Isteri kata, 'kalau guru bermasalah mana pulak gb yg bertukar, guru tu ler yg perlu ditukarkan!' Memang ler itu yg selalu dilakukan tp sebenarnya itu tidak pun menyelesaikan masalah, hanya berpindah jer ke skola lain ikut cikgu tsb bertukar.....
sekarang adalah musim buah2an termasuk ler buah durian dan tahun ini selera aku lain mcm hingga isteri aku pun perasan yg aku belasah semcm jer. Dua hari lepas aku ke rumah rakan karib utk ambil durian (biasa ler....sedara buah, dtg ziarah waktu musim buah jer, hehehe) dan esoknya (smlm) aku tak larat nak ke skola, kepala berat semacam. Selepas subuh aku berehat ( tido ler...) hingga jam 11 dan lbh kurang jam 12 baru sempat ke klinik. Spt yg dijangka BP aku meningkat, nasib baik tak kena masuk wad, aku takut masuk wad! huhuhu....
16 comments :
Cop,
Ada ubi ada batas ye... Nasib baik kau dah post entri baru. Kalau tak makin ramai yang kutuk.
Musim buah ni memang kena berhati2 Cop. Aku pun bila makan durian tu setakat dua tiga ulas aje. Tak boleh lebih2, alamat BP akan naik bila kepala dan tengkuk terasa berat macam pikul beban yang amat berat.
Selera makan kau berbeza kerana ada sebabnya Cop.... Jiwa kau tak tenteram kot.... Atau asyik memikirkan perkara2 lain.... sebab tu jangan menggatal lebih2 sangat. He he he he........
eh faris, kau ni tahu ler pulak yg aku tgh menggatal sekarang ni ye.... tu berjangkit drp kau ler tu! huhuhu....
Cikguyusoff,
Durian pun berguna, pada bila-bila masa, macam cikgu juga.
Kalau gugurnya muda,juga berguna isinya dibuat sayur lemak;
Jika gugurnya, masak ranum, itu yang paling enak;
Jika lama tersimpan, tak sempat dimakan, boleh dijadikan gulai tempoyak.
Makan durian berpada-pada, Tertelan bijinya jangan sekali...
aku baru jer tipon pak sedara aku, batalkan tempahan lubang kubur untuk blog kau...sebab entri baru kau ni.
bab sedara datang...kebetulan musim durian, janganlah kata dia sedara durian...tu yang sedara malas datang rumah kau, sebab kau cepat sangat beri dia label. habis kalau dia datang musim limau...yang buahnya berbuah sepanjang tahun, atau masa kelapa gugur? maka jadilah dia sedara kelapa, sedara limau
bab cikgu nakal/problem
tulah sebab kau dilantik jadi guru besar..betul kata bini kau..dan kau kenalah pipin dia cup..kau kan pandai memujuk orang, dari orang kampung sampai orang hospital jb kau boleh pujuk..
akhir sekali bab tak sehat
sebab kau suka sangat nak menang, kalau kau belajar mengalah sikit barangkali kau sehat kut..
jangan marah cup...lepas rindu kat kau
salam kat cikgu yusof....
dan yg tak lupa KK yg menyebut2 nama hospital kat JB tue amboi...amboi... walaupun di tuju khas buat labu tp manisah tetap terasa tau... bila pulak si labu tue memujuk... sesedap rasa yea....
labu,
cikgu pulak jgn tersenyum2... cikgu pun sama jeee ngan labi... hehehe...
pasal entri nie,
kita sedia maklum sekarang nie memang musim buah dan juga musim ramai pesakit kat hospital, yealah batuk2, demam, selsema, tekak sakit, semput, drh tinggi, kencing manis dan entah ape2 lagi lerr... dan tak termasuk yg ada H1N1 tue... hihihi...
so ape yg perlu kita lakukan adalah mengurangkan sedikit ape yg kita makan... bukannye tak boleh makan, tapi kita KURANGKAN MAKAN yea...
sedikit informasi boleh kita berkongsi bersama... tentang buah2an nie sebagai contoh:
1.Buah Manggis - 2 kecil(60 kalori)
2.Buah Rambutan- 5 biji (60 kalori)
3.Buah Durian- 3 ulas (82 kalori)
cuba lihat buah2an ini, tinggi kalori walaupun jumlah kuantiti yg diambil adalah minimun, tapi saya percaya takkanlahh kita nak makan sikit jeee buah tue, mesti makan byk2 kan yealahh selagi tak termuntah kan..kan.. hehehe...
itu belum bab makan nasi lagi sbg contoh pulak:
1. 1 mangkuk nasi - 225 kalori
2. 1 cawan nasi - 150 kalori
saya percaya labu mesti makan 2 atau 3 mangkuk itu tak termasuk lauk-lauknyee maybe penuh ngan minyak, santan, gula, lelemak (daging), uhhh itu dah cukup... membahayakan... dan buat kita sakit...
kalori nie jika tak dibuang akan disimpan menjadi lemak, itu yg boleh gemuk dan tak pun perut menjadi buncit...(yealah lemak lari kat situ...hihihi) so kenalahh bersenam sikit, itu cerita utk org yg normal,
tapi jika ada diabetic atau drh tinggi kena hati2lahhh, so bagaimana labu ada check blood tak??? kalau tak ada saya syorkan pergilahh jgn lambat2, jaga kesihatan dan ingatlahh org yg tersayang hihihi...
Ingat... buah2an nie ada juga gula...berhati2 jgn ambil byk sgt yea... okeylahh sorry terlebih2 pulak hari nie...
Moga Cikgu Sihat Sejahtera.
labu
bukan main banyak info kau dapat labu dari manisah...aku pun numpang manafaatnya...cuma aku terasa macam.. kau dapat layanan lebih sikit dari aku...
mantan,
biji durian mmg sgt jarang orang tertelan tapi kalau biji rambutan ada ler.... hehehe
KK & Labi,
mekasih jer la krn menyusah2kan diri buat tempahan dan kemudian membatalkannya, ko takde keje lain ke labi?
eh ko ni kira sedara apa dgn aku erk? Sedara bergaduh bole ker?
Labi, aku pandai memujuk ker? Yg ko sampai 'corner' kat hospital jb tu nape.... bila masa pulak yg aku pegi memujuk org kat situ...berhati2 sikit bila buat kenyataan tu!
betol ke kalau aku suka sangat nak menang bole menyebabkan tak sihat? ni nak kena tanya org kat hospital jb tu....hehehe
tak pernah aku marah ko sof, mcm nak marah ada ler.... hehehe
zai,
waaalaikumussalam
saya mmg tersenyum2 ketika membaca komen KK dan zai... kami wp senama dan mcm serupa tp tetap tak sama....hehehe
mekasih krn memberi info yg bole dijadikan panduan itu. Rasa2nye kalau tak sihat nak sgt dimasukkan kat hospital jb tu, cepat sembuhnya kot.... tp masalahnya si labi tu ler pulak, dah tentu dia pun nak masuk ke situ jugak.... labai, labi... kita bermadu ler la! hahaha
saya mmg berselera makan la zai, selagi lom kenyang belom ler berhenti.... kena kurangkan makan kan, insyaAllah saya akan ikut nasihat misi!
moga zai jugak sentiasa sihat sejahtera.
KK @ Labi,
dah rezeki aku labi, jgn ler kau asyik nak pertikaikan.... hah kan kau pun boleh numpang dpt manfaatnye! tak perlu nak terasa mcm2 pulak.... terasa mcm aku dpt layanan lebih la, itu la ini la... perasaan kau jer tu labi, jgn dilayan sgt, kita sama jer la....
jadi tak kita bermadu? ha ha ha
4 komen terakhir adalah dari kau sendiri labu, memang lah blog kau, tapi kau telah melakukan trick kepada pembaca , macamlah banyak komen yang masuk...
aku naik penat melayan kau labu, tak perlah..kau memanglah...tapi aku beri kau menang sehari jer, esok aku lawan balik..dan apahal pulak kau ni nak madu madu ni, nak lesing sebiji bolehlah...kena kat hidung kau yang mancung tu biar kedalam sikit
aku bukan lah nak bersaing sangat dengan kau bab manisah ni labu tapi aku tak boleh duduk diam nengok kau menggaru garu orang dengan kata kata air tebu kau tu..
atleast kau ada satu hurdle perlu kau lompat sebelum kau sampai ke garisan penamat, lagi baik kau jatuh dan repair luka kau dan tak perlu tamatkan larian...tu lagi baik sebab kau dan ada dua track larian...hahahahaha
Selamat Hari Bapa yea...khas buat labu dan labi.
Wah,ckg..hati2 makan durian tu...Sabah ni d cni blm musim durian...kena import dari semenanjung baru dpt makan...tp nasib baik saya ni x makan durian..jadi...x akan berlaku mcm situasi ckg...hehe...anyway..makan itu penting juga...tp jgn melampau sgt..terutama DURIAN...jaga next time ya..haha...
Sblm terlewat...Happy Father's day kpd ckg drpd crew WAKUBA TODAY
aduhai labi sayang, kau masih nak cari pasal dgn aku yer.... aku sengaja balas setiap komen secara berasingan dgn niat utk memuliakan dan meraikan setiap pengunjung blog ini, sementelahan pulak aku tgh rajin dan ada masa, tak pernah terniat pun utk aku melakukan trick kepada pembaca bagi menggambarkan macamlah banyak komen yang masuk... Baik sungguh sangkaan kau yer labi! Takper la, aku redha dan aku maafkan kau...
dan aku jugak tak pernah nak bersaing atau berlumba dgn kau, kan kau yg mulakan dulu sebut pasal menang la kalah la.... aku langsung tak kisah pasal menang atau kalah ni.... selagi hayat dikandung badan kehidupan ini akan terus kuhadapi walau dlm keadaan apa sekalipun!!!
zaijb,
mekasih atas ucapan hari bapa tu.... dan saya jugak nak tunggu ucapan utk hari datuk, ade ke? hehehe
P Wakuba,
terima kasih krn sudi menjengah dan terima kasih juga atas ucapan hari bapa itu...dan untuk kalian jugak yg sudah berstatus bapa!
Post a Comment