Petang semalam, sebelum magrib aku bertolak ke KL. Singgah solat di Melaka dan sempat ke CC menjengah blog. Dapat telefon dari Usof Rompin yg katanya rindu nak mendengar suara aku. Kata2/komen aku dlm blog mmg dia dah muak dah, mungkin dah termuntah pun....hehehe, nasib kau ler labi!
Aku ikut jalan Alor Gajah dan keluar di Simpang Ampat tp mata dah tak larat dah, bawak kereta pun mcm melayang jer. Selepas amik tiket tol, aku berhenti dan berehat.... Tup2 bangun, aku tengok jam dah pukul 3.30 pg, masyaAllah, lama jugak aku tidor. Aku teruskan perjalanan tp mata aku buat hal lagi, mengantuk yg amat sangat. Sampai di R&R Seremban, aku berehat lagi dan terjaga bila alarm henfon aku berbunyi jam 5.30 pg. Mengikut rancangan awal, aku nak singgah di Masjid Jamek Seri Petaling dan solat subuh di situ tp nampaknya tidak kesampaian la. Perut pulak meragam, aku terus ke Salak Selatan dan sampai di Masjid Tasik Permaisuri ketika jemaah subuh telah mula keluar dr masjid. Selepas sarapan aku ingat nak qadak tidur tp dpt lelap kejap jer. Aku keluar dan terjumpa kedai makan yg ada wifi free maka melepak ler aku kat sini sejak dari jam 10 pg. Aku sdg menunggu anak bongsu dan isteri balik dari Pahang, yg 3 orang dah ada kat sini. Sempat ler aku melayan blog hari ni...hehehe
2 comments :
Cop,
Kau ni tak ada keje lain. Cari CC dan cari WIFI. Jadi2lah berblog tu. Kalau dah terlebih sangat mendatangkan mudarat pulak. Tapi kalau berblog perkara yang baik tu aku sokong. Kalau nak menggatal tu, tak usahlah. He he he...
faris, aku tgh boring la duduk rumah anak aku, yg tinggal semua pompuan, menantu aku keje, wife aku & anak bongsu lom sampai2 lg.... kedai makan ni dekat jer, depan apartment anak aku sewa, jalan kaki jer.... Sapa yg nak menggatal faris, aku ke kau??? hehehe
Post a Comment