pg tadi aku hadiri majlis penyampian hadiah kecemerlangan dan mesyuarat badan kebajikan Sekolah Agama parit Pinang Seribu. Anak pompuan bongsuku memaksa papa dan dan uminye utk hadir krn dia nak terima hadiah. Enrolmen sekolah tsb lbh drp 200 org tapi ibu bapa yg hadir tidak sampai 40 orang dan yg lebh menyedihkan bilangan kaum bapa hanyalah seramai 6 orang!!! Ketika penyampaian hadiah kecemerlangan berlangsung aku terpaksa bergegas ke bandar utk mengambil anak aku pulang dr tuisyen dan apabila kembali semula, pemilihan JK Badan Kebajikan telah pun selesai... alhamdulillah, aku bkn nak mengelak tp kalau boleh mmg aku tak sedia pun utk menjadi AJK!!!. Pd akhir majlis, cabutan nombor utk cenderahati dilakukan dan semua dapat, sbb hadiahnya lbh banyak drp org yg hadir!!!
hari ni aku ke majlis hari terbuka lagi, utk anak pompuan bongsu aku si aisyah tu tp kat sekolah aku sendiri ler.....hehehe. Hari ni adalah hari persekolahan ganti cuti hari raya. Kami buat hari terbuka dan diadakan jugak jualan yg dikendalikan oleh kelab bilik guru dan PIBG. Alhamdulillah, lebih 90% ibu bapa yg dapat hadir.
pg tadi aku ke majlis hari terbuka lagi dan kali ini adalah di sekolah anak aku yg di tingkatan satu. Aku pegi bersama isteri dgn berpakaian baju melayu teluk belanga, maklum ler hari Jumaat kan? Dah tu anak aku kutuk citer kat umi dia, abah bukan main melaram lagi padahal org lain takde pun yg pakai mcm tu.... kurang asam betol anak aku ni, abah dia nak melawa sikit pun tak bole ke??? Ketika nak balik aku lalu di dewan lama yg menempatkan pelajar yg parent mereka belum dtg, dewan tu ada grill, dah nampak mcm penjara ler pulak! Ada sorang guru lelaki bertugas di situ dan aku tanya, jaga penjara ye cikgu....? dia jawab, mereka ni kena kuarantin krn selsema babi! hahaha.... Sebelum tu, aku sempat jugak tanya cikgu masa berbincang ttg prestasi anak aku, nape tak buat jualan, dia kata panitia takde duit sbb bayaran sekolah belum habis kutip..... >>>>ciannyer!!!
Aku bergegas pulang krn lima minit lg nak kul 9, mesyuarat dah nak start! Semua gb sekolah kebangsaan zon sungai balang yg seramai 18 orang tu berbincang utk melaksanakan program gerak gempur upsr yg akan diadakan pada 7 hingga 10 Julai 2009. >>>>gempur jgn tak gempur!!!
Sebelum meeting, aku sempat ke PKG yg jugak terletak dlm kawasan sekolah tempat meeting. Jumpa bos pkg krn ada kawan baik yg minta aku carikan pengadil untuk suatu pertandingan. Alhamdulillah dia bersetuju malah mengajak kawan rapat dia yg jugak bos pkg utk turut serta. Rasa puashati jugak hari ini kerana dapat menyempurnakan hajat seorang kawan dan mudah2an segala urusan yg berkaitan berjalan dgn lancar. >>>> aku sekadar menolong setakat termampu...
hari ini adalah besdey anak dara sunti aku yg bongsu, aisyah arifah namanya.... dah lapan tahun dah umurnye dan rupa dia cute mcm papa dia, hehehe
bercita2 hendak menjadi doktor dan setakat ini kedudukan prestasi akademiknye masih lagi yg tertinggi di kelasnye, sama ada di sekolah kebangsaan mahu pun sekolah agama, alhamdulillah, tahniah aisyah!, moga cita2 anak papa ni tercapai, amin
pagi tadi aku ke sebuah sekolah menengah tempat anak perempuan aku belajar utk bertemu guru kelasnya. Mengikut surat siaran, program bermula seawal 7.30 pagi tapi lewat jam 8, baru aku dapat bergerak menuju ke sana. Ketika sampai, ada 2 orang parent yg sdg menunggu tapi guru kelas tak nampak batang hidung pun. Aku mula ler resah, panggil anak aku dan bertanya mana guru kelasnya. Berlari anak aku pergi mencari tapi datang kemudian dgn gelengan kepala, tak tahu di mana guru kelasnya berada. Aku semakin resah, resah dan resah serta rimas ..... dan akhirnya, ah sukati kau ler cikgu, tak larat dah aku nak tunggu, banyak lagi keje lain yg perlu aku selesaikan!!! Dah lebih jam 9 tapi guru kelasnya tak muncul2 lagi!!!. Hari terbuka apa ni??? Mula ler aku nak naik angin.... Aku terus angkat kaki. Selepas selesai urusan di bandar, aku singgah di klinik kerajaan utk periksa tekanan darah, mulai dua hari lepas, selang sehari aku kena periksa tekanan darah aku sebanyak 4 kali. Eh pelik jugak, 2 hari lepas bacaannya 130/90 tapi hari ni jadi 140/70 pulak???
oleh kerana sekolah aku dipilih menjalani uji rintis bagi perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) maka pada hari semalam seramai dua orang pegawai dari Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM dan seorang nazir persekutuan telah datang utk membuat pemantuan. Seharian jugak melayan mereka dan alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik dan lancar!
aku bukan ler taknak post entri selalu kat dlm blog ni, almaklum ler, ada hari2 tu mmg terlalu sibuk..... aku minta maaf khasnya kepada pengunjung setia dan terutamanya kpd yg tergamak mencadangkan supaya aku letakkan batu nisan atau kebumikan saja blog ini. Terima kasih atas semua cadangan itu. Ada ubi ada batas.....jaga korang!
guru2 di skola aku tidak ler seramai mana namun hati mereka tetap ler lain2 dan sejak dua menjak ni pelbagai masalah timbul. Pening jugak kepala aku dibuatnya, ada jugak terfikir mcm rasa2 nak bertukar jer ke skola lain. Isteri kata, 'kalau guru bermasalah mana pulak gb yg bertukar, guru tu ler yg perlu ditukarkan!' Memang ler itu yg selalu dilakukan tp sebenarnya itu tidak pun menyelesaikan masalah, hanya berpindah jer ke skola lain ikut cikgu tsb bertukar.....
sekarang adalah musim buah2an termasuk ler buah durian dan tahun ini selera aku lain mcm hingga isteri aku pun perasan yg aku belasah semcm jer. Dua hari lepas aku ke rumah rakan karib utk ambil durian (biasa ler....sedara buah, dtg ziarah waktu musim buah jer, hehehe) dan esoknya (smlm) aku tak larat nak ke skola, kepala berat semacam. Selepas subuh aku berehat ( tido ler...) hingga jam 11 dan lbh kurang jam 12 baru sempat ke klinik. Spt yg dijangka BP aku meningkat, nasib baik tak kena masuk wad, aku takut masuk wad! huhuhu....
Tgh hari semalam aku hadiri jemputan kahwin di rumah kenalan, seorang guru yg baru bersara. Anak keduanya (perempuan) yg berkahwin, anak sulungnya lelaki belum berkahwin lagi. Majlisnya meriah dan ramai jemputan namun jelas kelihatan rasa kecewa dan geram pd wajah bapa pengantin kerana lauk ayamnya tidak dpt disediakan lagi. Sepatutnya apa yg dihidangkan selain drp dalca dan kurma daging ialah ayam percik tetapi apa yg berlaku kayu arang utk memanggang ayam pun belum dinyalakan lagi sedangkan jam sudah melepasi jam 1 petang. Hanya kelihatan ayam yg sudah dicucuh! Kesian jugak kan.....
Sepertimana yg telah aku janjikan pd si Usof Rompin dan bersempena dengan kedatangannya ke sekolah aku semalam maka entri hari ini khas utknya tp orang lain pun boleh baca jugak (terutama rakyat Johor....hehehe). Sila lihat dan baca link ini;
Sebelum jam 10 pg semlm, aku, isteri dan Nur Khalisah Nadhirah bertolak ke kl utk memenuhi temujanji di Institut Pediatrik, HKL. Setibanya di sana urusan terus dilakukan dan selesai lbh kurang jam 4.30 ptg. Ada jugak rancangan nak singgah rumah Qayyah, anak sulongku dlm perjalanan balik tp wife tak sedia. Kami terus balik dan dlm perjalanan faris call beritahu Sabri dan khalil ada bersamanya. Teringin jugak nak bersama mereka tp memandangkan baby khalisah asyik nak menangis jer, terpaksalah melupakan niat tsb. Aku singgah rumah kakak ipar di Melaka tp sebelum itu Usof Rompin ada call beritahu dia dah ada kat Muor. Kami sampai di rumah lbh kurang kul 10.30 mlm dan aku terus pi cari Usof. Kami minum di kedai makan D'Teratak dan bersembang sakan hingga jam 12 tgh mlm. Aku hantar Usof balik dan sambung semula bersembang hingga jam 3.30 pg. Mcm ler lama sgt tak jumpa dan mcm2 perkara kami bualkan.... cuma aku sgt tertarik dgn sebuah kisah Usof semasa study di UPSI yg tidak pernah diceritakannya sebelum ini. Rupa2nya banyak cerita yg masih diselubungi misteri!!!
----> aku pun ada cerita jugak di upsi tu tp biarla rahsia...
Sebelum tgh hari tadi, dua orang JPNJ telah datang untuk membuat pemantauan dan fokus mereka lbh kepada pelaksanaan Projek Rintis KSSR. Oleh kerana sekolah terpilih menjalani pelaksanaan rintis bagi perlaksanaan KSSR/Kurikulum Transformasi itu maka BPK akan membuat pemantauan pada 22 Jun 2009 ini. JPN mengambil tindakan yg proaktif dgn memantau sekolah2 yg terlibat agar tidak akan timbul sebarang masalah apabila BPK dtg memantau nanti. Alhamdulillah semuanya ok!
Pagi tadi lbh kurang jam 8.30 aku bertolak balik ke Muo bersama 3 org anak dara aku. Isteri dan anak yg bongsu masih di Pahang, minggu depan baru nak balik. Terpaksa ler aku ke Temerloh pulak pd hujung minggu ini. Moga diberi Allah swt kesihatan dan kekuatan pada aku.
Sambil memandu tadi aku terfikir ttg alam dan pada kesempatan ini aku jadikannya sebagai entri. Menurut kamus dewan, alam ialah segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll). Aku lbh berminat utk menyenaraikan beberapa frasa yg bermula dgn perkataan alam tp erti/maknanya korang cari ler sendiri....hehehe
--- alam remaja --- alam kanak-kanak --- alam haiwan --- alam persuratan Melayu --- alam pembacaan kanak-kanak --- alam persuratkhabaran --- alam arwah --- alam baqa --- alam akhirat --- alam barzakh --- alam fana --- alam fikiran --- alam nabatah --- alam tumbuh-tumbuhan --- alam samar --- alam semesta --- alam benda --- alam percintaan --- alam buana --- alam ghaib --- alam fantasi --- alam nyata --- alam maya --- alam siber .....................
(aku ambil dr blog seorang kawan, mekasih yer.....)
Sabtu, 6 Jun 2009 merupakan sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Baginda adalah Sultan Terengganu yang ke-16 dan Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006.
Secara peribadi aku sangat mengkagumi Tuanku Permaisuri, Sultanah Nur Zahirah yang kelihatan begitu cantik dan anggun.
Petang semalam, sebelum magrib aku bertolak ke KL. Singgah solat di Melaka dan sempat ke CC menjengah blog. Dapat telefon dari Usof Rompin yg katanya rindu nak mendengar suara aku. Kata2/komen aku dlm blog mmg dia dah muak dah, mungkin dah termuntah pun....hehehe, nasib kau ler labi!
Aku ikut jalan Alor Gajah dan keluar di Simpang Ampat tp mata dah tak larat dah, bawak kereta pun mcm melayang jer. Selepas amik tiket tol, aku berhenti dan berehat.... Tup2 bangun, aku tengok jam dah pukul 3.30 pg, masyaAllah, lama jugak aku tidor. Aku teruskan perjalanan tp mata aku buat hal lagi, mengantuk yg amat sangat. Sampai di R&R Seremban, aku berehat lagi dan terjaga bila alarm henfon aku berbunyi jam 5.30 pg. Mengikut rancangan awal, aku nak singgah di Masjid Jamek Seri Petaling dan solat subuh di situ tp nampaknya tidak kesampaian la. Perut pulak meragam, aku terus ke Salak Selatan dan sampai di Masjid Tasik Permaisuri ketika jemaah subuh telah mula keluar dr masjid. Selepas sarapan aku ingat nak qadak tidur tp dpt lelap kejap jer. Aku keluar dan terjumpa kedai makan yg ada wifi free maka melepak ler aku kat sini sejak dari jam 10 pg. Aku sdg menunggu anak bongsu dan isteri balik dari Pahang, yg 3 orang dah ada kat sini. Sempat ler aku melayan blog hari ni...hehehe
Apabila Kembara Kelana membuat sebuah entri bertajuk khas untuk labu, aku terpanggil untuk menganggapnya sebagai tag dan sahut cabaran utk membalasnya maka aku pun segera hasilkan entri ini...
Labi-labi hidup di alam seperti rawa-rawa, danau, sungai dan dapat pula hidup di kolam yang suhu airnya berkisar 25-30 o C .Habitat yang disukaiadalah perairan tergenangdengan dasar perairan lumpur berpasir , terdapat batu-batuan dan tak terlalu dalam. Labi-labi biasanya tak hanya tinggal di dasar perairan, tetapi terkadang nampak di atas batu-batuan untuk berjemur. Labi-labi biasanya menyukai perairan yang banyak dihuni oleh hewan air (molusca, ikan, crustacea dan lain-lain) sertapada permukaan airnya terdapat tumbuh-tumbuhan air. Kebiasaan berjemur labi-labimerupakan salah satu keperluanan hidup. Dengan berjemur matahari membuat semua air pada cangkang atas dan bawahnya terjemur kering, sehingga lumut, jamur, parasit yang menempel pada permukaan badannya dapat kering dan terkelupas. Bila tidak berjemur, maka lelabi akan mudah terserang penyakit atau mendapat gangguan fisiologis.
Labi-labi menyukai lingkungan yang tenang dan penakut sehingga bila didekati akan melarikan diri atau menyelam. Labi-labi juga mempunyai kebiasaan berkelahi, saling menggigit dengan teman-temannya. Hal ini didasari kebiasaan labi-labi yang sering ditemukan hidup secara tidak berkelompok (Suwarno , 1996 dalam Nurbaiti, 1999). Dalam kebiasaan makan, labi-labi seperti hewan karnivora lainnya, memakan udang kecil, ikan dan kerang-kerangan. Menurut Ritchard (1979), selain ikan dan udang-udangam, labi-labi juga menyukai makanan dari bangsa amphibian.
-----> jgn marah labi, nt kau jadi penyu le pulak, hehehe
Mesyuarat di JB yg sepatutnya tamat pada hari ini tapi aku dah balik semlm kerana semua kerja dah beres. So hanya 5 hari 4 mlm jer la yg aku terkurung di Hotel New York tu mcm ayam daging. Semua urusan diadakan di Ballroom tingkat 23 termasuklah makan dan minum. Buat kerja sambil duduk jadi letih kerana duduk jer la.... tapi letih jugak kan namanya! Aku ke ofis jugak arini utk menyelesaikan beberapa urusan yg tertangguk.
----> ada ke sesapa yg terasa kehilangan aku dlm beberapa hari ni? hehehe