Wednesday, September 30, 2009
bengang
pagi smlm aku terima panggilan dr member GB beritahu ada meeting jam 2 ptg nt. Aku terpaksa balik awal utk buat persiapan. Tiba di tempat bermesyuarat, agenda pertamanya ialah makan, ala2 jamuan raya gitu.... Kelihatan GB dr zon2 lain pun ada. Aku tanya nak mesyuarat ttg apa nt erk tp hampir semua tak tahu. Hampir jam 3 baru meeting dijalankan. Rupa2nya meeting ttg majlis sambutan hari raya yg akan diadakan pada 7 Oktober nanti dan majlis meraikan guru2 thn 6. Sbg tuan rumah, kebanyakan GB di zon tempat aku bertugas dilantik sbg AJK dan meeting tsb dihadiri jugak oleh AJK MGB Muar dan pengerusi2 zon. Apa yg membengangkan aku ialah ketika dibentangkan AJK Kerja, nama aku tak ada pun.... dah tu kenape suruh aku datang!!!??? Ade sorang member yg suruh aku balik jer tp aku tak sampai hati bimbang timbul pulak pelbagai persepsi. Aku rasionalkan diri aku dan bersangka baik bahawa kemungkinan berlaku kesilapan dan aku telah tersalah dipanggil....
Tuesday, September 29, 2009
layan cinta
pepagi aku dah menjengah ke blog ini dan sudi ler aku menerima gambar seperti di atas, mekasih ye Teja! Memang unik angka 22 tu, cuma khusus bagi aku, dua dua aku sayang.... hehehe
Monday, September 28, 2009
kawan lama
Akhirnya, smlm ptg aku berkesempatan bertandang ke rumah Isa Haron dan Naemah di Serkam Darat, Melaka. Meraka sama2 belajar dgn aku di Maktab Bahasa, Lembah Pantai (1981-1983) dulu. Kami mula mengajar pd tahun 1984 dan sejak dari itu telah putus hubungan. Aku dan Isa sama kelas (Pengajian Melayu Sejarah) manakala Naemah di kelas lain (Pengajian Melayu Geografi). Isa mempunyai 6 org anak dan 3 drpnya sedang mengikuti kursus perguruan, seorang di UPSI dan 2 lagi di IPG. Tahniah Isa dan Naemah! Aku sgt gembira dan seronok dpt bertemu dgn kamu berdua, hingga tak sedar bersembang sampai hampir magrib, rasa mcm nak sembang lg tp biar ler aku balik dulu dan lain kali kita jumpa lagi, datang le ke rumah aku dan aku pun boleh datang lagi rumah kau sbb dah tahu....!
Aku rindu jugak dgn kekawan lain. Kalau ler korang ada tersesat ke sini, hubungi ler aku dgn meninggalkan komen. Seronok sgt dapat berjumpa kembali selepas lbh drp 25 thn tidak berjumpa.....
Aku rindu jugak dgn kekawan lain. Kalau ler korang ada tersesat ke sini, hubungi ler aku dgn meninggalkan komen. Seronok sgt dapat berjumpa kembali selepas lbh drp 25 thn tidak berjumpa.....
Friday, September 25, 2009
kematian dan beraya di melaka
Lbh kurang jam 8 pg aku terima panggilan dr cg Salina beritahu berita sedih, kak long PT aku meninggal dunia. Beritahu wife mintak segera bersiap utk pergi melawat sbb mlm td dah plan nak beraya ke rumah kak mai di Bkt Katil. Ramai yg dtg berziarah termasuk bekas adun kawasan Maharani. Semasa nak balik kereta tak boleh lepas, jalan terhalang, terpaksa ler menunggu hampir setengah jam jugak.
Selepas jam 12 tgh baru dpt bertolak ke Melaka dan sampai pd waktu zohor. Tertidur di surau. Terniat jugak nak beraya ke rumah kawan2, Norfaizah, Norishah, Normah, Isa Haron dan Hassan tetapi satu pun tak kesampaian, mungkin raya tahun depan kot.... Lbh kurang jam 5 ptg bertolak balik dan singgah beli lemang di Kesang.
Tuesday, September 22, 2009
Sunday, September 20, 2009
orang melayu beraya
Dalam ibadat, dikatakan orang Melayu lebih menekankan tentang puasa berbanding ibadat lain. Pendakwah berjaya meyakinkan keseluruhan masyarakat Melayu supaya berpuasa, bertarawih dan mengharapkan Lailatul Qadar. Maka Hari Raya menjadi begitu bermakna bagi orang Melayu dengan dikaitkan dengan kejayaan beribadat puasa.
Pada Hari Raya pula, ulama Melayu dahulu membuat keputusan untuk mengambil takbir raya yang bernada syahdu. Ini kerana di tempat-tempat lain, takbir mereka bernada semangat juang. Ini kerana takbir itu berasal daripada laungan semasa Perang Badar yang kemudian diabadikan dalam sambutan meraikan kemenangan perang itu.
Saturday, September 19, 2009
bersedih?
Hari ini adalah hari yg ke 29 kita berpuasa dan jika diumumkan raya esok maka hari ini adalah ramadhan terakhir. Orang terdahulu, seperti para sahabat nabi, para tabien dan para pengikut mereka berasa sgt gembira dgn kedatangan ramadhan dan sgt bersedih apabila ianya berakhir. Mereka benar2 telah memperolehi kemenangan ketika syawal menjelang dan disambutnya adil fitri dgn penuh kesyukuran dan ketakwaan. Bagaimana dgn kita, berasa sedihkah kita dgn berakhirnya ramadhan dan berolehkah kemenangan khasnya dlm mengekang nafsu?
Ramadan al-Mubarak yang berlalu sewajarnya dijadikan inspirasi dalam mempertingkatkan amalan dan menjaga produktivitinya agar mencapai tingkat istiqamah dalam membina jati diri Muslim yang cemerlang selama saki baki umur masih dibekalkan oleh Allah SWT.
Syawal yang dirai merupakan proses pertama dalam menilai tingkat penghayatan seseorang sepanjang Ramadan, adakah dia mencapai objektif yang dicita-citakan memperolehi keampunan dan pembebasan dari azab api neraka pada hari kiamat?
Apakah keintiman hubungannya Allah semakin dirasai dan bertambah kukuh? Apakah tali silaturrahim sesama Muslim terjalin erat dalam usaha mentaati perintah Allah SWT dan mencari keredaannya? Apakah segala amalan yang pernah dilakukan pada saat Ramadan mampu dipraktik untuk kesekian kalinya?
Hari raya adalah satu peluang yang cukup besar dan bermakna untuk meningkatkan kualiti amalan, memulihkan hubungan sesama manusia yang merupakan tuntutan syariat Islam, berlapang dada, murah hati, ukhuwah, belas kasihan dan kasih sayang.
Daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Tingkatkanlah amalanmu dengan baik, atau lebih dekatlah kepada kebaikan, dan bergembiralah, kerana amalan seseorang itu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga. Para sahabat bertanya, “Adakah amalanmu juga begitu, wahai Rasulullah”? Jawab Rasulullah SAW: “Amalanku juga begitu. Tetapi Allah melimpahiku dengan rahmat-Nya. Ketahuilah, sesungguhnya amalan yang paling disukai oleh Allah SWT ialah amalan yang dikerjakan secara berterusan walaupun sedikit”. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, September 17, 2009
mencari calon suami
korang msh ingat lagi ke dgn Wook Kundor, nenek yg berusia 107 tahun dari Terengganu tu? Dia sedang berkira2 utk mencari calon suami yg ke 23. Sesiapa yg berminat silalah berhubung sendiri dgn Wook Kundor, jgn lambat2 nanti melepas pulak!!! hehehe....
baca selanjutnya di sini, wook kundor
baca selanjutnya di sini, wook kundor
Tuesday, September 15, 2009
cuti bukan hak....
Guru boleh memohon cuti rehat khas atas alasan apa2 pun namun perlulah permohonan itu diajukan awal dan perlu jugak faham bahawa cuti itu adalah merupakan salah satu drp kemudahan bukannya hak... ianya boleh diluluskan dan boleh jugak sebaliknya! Kekadang bos pening kepala nak luluskan cuti tetapi pd kebiasaannya mmg akan diluluskan.... Cuba lihat dua situasi berikut;
Situasi pertama; "cikgu, ni borang CRK saya, saya nak bercuti pada bla bla bla.... kerana bla bla bla.... saya masih ada cuti sebanyak bla bla bla.......... Bole kan cikgu?"
Situasi kedua; "cikgu, (datang jumpa bos tanpa borang) saya bercadang utk bercuti pada bla bla bla.... kerana bla bla bla.... apa pandangan dan pendapat cikgu? Saya sedia terima apa sahaja keputusan cikgu......"
Biasanya bos akan luluskan kedua2 cara memohon itu tetapi cara memohon dlm situasi kedua adalah lbh beradab, elok, sesuai dan 'mesra alam' (sejuk hati bos)..... hehehe

Monday, September 14, 2009
hantar isteri
Seawal jam 6.45 pg td aku ke Bandar Tenggara krn menghantar wife utk berkursus di PLGDP (Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan) selama 3 hari. Lokasinya tidak kami ketahui, main redah jer... Setelah beberapa kali terlajak dan berpatah balik, akhirnya lbh kurang jam 9.30 pg baru kami sampai. Tempat itu asalnya ialah kompleks guru yg diubahsuai dan telah mula digunakan sejak februari lepas. Ok jugak bangunannya cuma jauh jer la dr bandar. Kalau ada niat nak shopping sebelum raya ni, lupakan jer la niat tu.... Wife bengang jer sbb kena kursus tu, dah ler bulan pose pastu dah dekat nak raya pastu jauh pulak...!!! Aku pun bengang jugak sbb kena ngantar, nt balik kena jemput ke? huhuhu....
Saturday, September 12, 2009
tazkirah ramadhan dan poligami
jam 10 - 11 pg semalam sekolah mengadakan program ceramah ramadhan yg disampaikan oleh Ustaz Ahmad bin Yaakub dari Yayasan Pembangunan Keluarga. Semua warga sekolah terlibat.
Selepas mengambil beberapa gambar aku ke belakang berbual dgn abg mail, pekerja swasta. Citer punya citer, dia membuka rahsia bahawa dia beristeri dua. Isteri pertamanya di JB dan bekerja di istana. Tak tahu pulak aku apa sbbnya dia menceritakannya. Terkejut jugak aku.....hehehe!

Thursday, September 10, 2009
gaji dan bantuan khas
Wednesday, September 09, 2009
black-out dan bersyukur
sebelum jam 7 aku dah sampai sekolah, masuk bilik terus bukak laptop, jengah blog dan baru sekejap....tub! takde karan ler pulak!!! aku tepon rumah, pun takde karan! Seluruh kampung rupanya black-out.... Peperiksaan lom mula tp kalau masih tak berkaran kesian jugak kat murid2, panas ler! Selepas kul 10 baru ada....
dari ptg semalam sebenarnya aku berasa gembira dan beryukur krn berjaya dlm temuduga utk diperakukan lantikan tetap, alhamdulillah!!! Kekawan yg lain pun aku rasa hampir semua dah dpt tahu keputusan kan?

Tuesday, September 08, 2009
upsr
Monday, September 07, 2009
sibuk
......hujung minggu yg sibuk dgn urusan keluarga, hantar Khalisah utk rawatan secara tradisional, persiapan utk upsr, ketua pengawas peperiksaan melihat dewan peperiksaan, penyelia kawasan datang memantau dan pegawai dr unit pembangunan ppd singgah melihat dinding bangunan yg retak dan aku sendiri buat2 sibuk maka memang kelihatan sibuk ler aku dlm beberapa hari ini!!!
Friday, September 04, 2009
flagship pengarah
Aku hadiri meeting pengurusan pendidikan daerah muar semalam. Antara yg disampaikan ialah perlunya melihat kembali prinsip2 kerja yg pernah dikemukakan oleh Tn Hj Sufaat bin Tumin, pengarah jpnj. Ia merangkumi tugas2 di sekolah dan 6 yang utama ialah;
Do it now!
Difficult but possible
Being the best
Earlier than punctual
Profesionally busy
Justify but do not take advantage
Wednesday, September 02, 2009
Tuesday, September 01, 2009
pap
Hari ini Pembantu Am Pejabat yg baru datang bekerja. Namanya Norazila, panggil azila jer la.... Berasal dari Johor Bahru dan bertemu jodoh dgn orang MuO. Suaminya bekerja sebagai PAR di SM Sains Muar dan tinggal di Kg Bendahara. Belum mempunyai anak dan kata Kak Bedah, "dah mengandung 2 bln lebih dah tu...." "ye la Kak Bedah...., hehehe"
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)