Pagi smlm, seperti biasa selepas menghantar anak ke kelas tuisyen, aku terus menghala ke pasar tani. Kami berlima, hari ni semua keluar sbb lepas tuisyen nanti kami akan penuhi undangan rumah terbuka. Tengah hari tak perlu makan di rumah ler!!! Ramai orang di pasar tani mungkin kerana masing2 dah kembali menjalani kehidupan sedia kala selepas sibuk berhari raya. Aku berjumpa dgn 4 org kawan dan ternampak jugak di kejauhan kawan perempuan sekelas semasa di form 5 bersama emaknya. Dia jugak seorang guru dan kini menetap di Segamat. Hajat hati nak bertegur sapa mengucapkan selamat hari raya dan bermaafan tidak kesampaian krn dia telah hilang dari pandangan. Bergerak jugak aku beberapa langkah di celah2 orgramai dan memerhati di sekeliling namun tidak kelihatan. Takde rezeki aku nak berjumpa dengannya!
Dlm perjalanan ke rumah terbuka (bekas PAP) aku terima sms dr sorang member GB jemput aku hadir ke majlis sambutan hari raya anjuran PR di Pekan Parit Bakar. Ketika melintasi pekan tersebut jam baru pukul 11.15pg, msh awal dan persiapan jamuan sdg dilakukan. Aku terus ke rumah terbuka walaupun sebenarnya akan bermula jam 12 tgh tapi tak kisah la kan, makanan mmg dah tersedia pun, apa lagi makan ler....!!!
2 comments :
salam pg ybs... lama mghilang sibuk layan umah trbuka rupenye... besh... besh...
Teja,
salam pg utk teja jugak.... sy msh di sini cuma sibuk sikit di hujung minggu, YM tak bole sign in, ni baru jap bole...hehe
Post a Comment