Thursday, October 15, 2009

perhimpunan bulanan dan jamuan raya


Buat pertama kalinya pagi smlm, ppd muar mengadakan perhimpunan bulanan di smk sg abong. Semua pengetua dan gb sekolah2 daerah muar dan ledang adalah terlibat. Perhimpunan ini akan diadakan setiap bulan atau dua bulan sekali dan tempatnya akan sentiasa berubah. Kesesuaian tempat mmg menjadi fokus utama namun yg sering berlaku ialah tiadanya 'sound system' yg baik telah menyebabkan maklumat2 penting tidak kesampaian.

Selepas perhimpunan, kami ke majlis sambutan hari raya ppd muar. Sungguh meriah, ada persembahan ghazal dan makanan pula pelbagai jenis. Tiga hidangan utama ialah ketupat dgn rendang dan kuah lodeh, laksa penang dan soto dan terdapat jugak ayam percik panas2 kerana dibakar di situ. Aku cuma makan ketupat dan ayam percik jer, terfikir jugak nak rasa semua tapi bimbang akan terlebih makan dan akan memudaratkan diri pulak nanti!!!

2 comments :

Faris said...

Baguslah Cop. PPD aku buat jamuan raya semalam. Aku pun hadir juga menunjukkan muka. Sehari sebelum tu, MGB daerah kita orang buat jamuan raya juga di IOI Palm Resort, Putrajaya. Makin nak habis Syawal, makin banyak jamuan, pecah perut dibuatnya. Perut dah jadi macam ikan buntal..... kah kah kah.....

yusofsipan said...

haah faris, ni hujung minggu ni pun banyak undangan rumah terbuka ditambah pulak lagi dgn jemputan kahwin.... perut pun dah lain mcm, dah penat agaknya asyik proses makanan jer...hehehe