Wednesday, October 07, 2009

beraya dan isu memantau sekolah


Pagi tadi aku hadiri majlis sambutan hari raya 2009 anjuran mgb di sk parit nawi. Sebelum menjamu selera kena duduk dulu dengar pembentangan audit akademik tahun 5. Sebelum mengakhiri ucapan, pegawai dr ppd itu telah mengeluarkan satu kenyataan yg agak kontroversi jugak mengenai amalan pemantuan ke sekolah2. Katanya, "saya kalau ke mana2 sekolah saya akan merayau dulu hingga ke kelas2, kemudian baru berjumpa dgn pengetua/guru besar...."

Eh, betul ke cara mcm tu? Apa pandangan dan pendapatan kekawan?

14 comments :

Anonymous said...

Tak mesra rakyat namanya tu

Ah Win said...

statement mcm tu boleh diumpamakan mcm ni:

datang rumah orang..tak jumpa tuan rumah dulu...terus rayau2 masuk dapur, masuk bilik tidur, masuk bilik stor..masuk bilik air tuan rumah..(x patut,kan?)

takde adab tu.. :)

mpmn said...

gb berkuasa menahan sesapa jua utk msk kaw seknya. minta izin dulu. kalau aku dia buat gitu, lsg aku tak layan bila dia jumpa aku. jgn dok berlagak sangat

Kuturayau said...

tengok apa tujuan merayau-rayau tu. Mungkin cari bilik air atau tandas gaknya. Sakit perut.

Perbuatan tu, bergantung pada niatnya. Tapi kerja merayau-rayau tu tak sopanlah kalau dijadikan amalan.

Merayau-rayau ni kerja "kutu-rayau".

Pegawai tu bergurau je kot?

ybs said...

anony,
haah setuju, mcm wakil rakyat yg tak mesra rakyat! hehehe....

ybs said...

nik awin,
mmg kami pun rasa mcm tu wp dia berada di kedudukan yg lbh tinggi....

ybs said...

mpmn,
kalau dia buat mcm tu ketika dtg ke sekolah aku, tak sampai hati ler aku buat tak layan kat dia cuma hati aku bengkak ler....

ybs said...

kuturayau@simantanguru,
kalau kes kecemasan (nak terbuang air ke...) mmg boleh diterima tapi dlm kes ni mcm sengaja nak mencari kesalahan!

pegawai tersebut tidak bergurau krn dia menceritakan kisah dia pergi memantau ke sebuah sekolah menengah. Dia terus ke bilik kelas dan mendapati guru tidak masuk wp telah lbh 20 minit loceng berbunyi. Dia mendapati 2/3 buah kelas berkeadaan begitu dan selepas itu baru dia ke pejabat berjumpa pengetua. Demikian adanya....

Wajar said...

Kalau dah 2/3 kelas tak ada guru, tentulah keadaan sangat bising. Wajarlah dia merayau pun, tinjau apa yang bising sangat tu.

Ke mana pergi cikgu2 tu ye?. Halimunan.

"A class without a teacher ia a very dangerous class". Wah jadi mat salleh pulak aku ni.

Aida Ali said...

Pendapatan saya tak baiklah buat gitu.

ybs said...

cikgu Aida,
mungkin pegawai tsb begitu bersemangat utk memantau, maklum ler baru jugak di ppd....

ybs said...

wajar@simantanguru,
adalah wajar jugak jika dia ke pejabat terlebih dahulu, berjumpa pihak pentadbir dan bertanyakan ttg keadaan yg bising dan riuh rendah tu.... jawapan yg sama akan diperolehi drp dua cara/pendekatan yg berbeza!

kembara kelana said...

maaf cup...lama tak jengah rumah kau, sibuk makeup blog

pada aku, ikut dialah..dia pun nak pelbagaikan kaedahnya, yang penting sumber kuasa dia buat begitu, ada ke tidak? GB boleh menahan siapa saja yang merayau kat sekolah tanpa urusan..atau tak jumpa GB...mana sumber kuasanya..atau adat dan kebiasaan? kebiasaan tak semestinya betul. pada aku dalam jalankan kerja ni, ikutlah arahan sedia ada, kemudian kenalah kreatif...dan pendekatan shot first asking letter ni amalan zionis ...kita ada panduan kita sendiri...acuan kita dan adat kita, kenapa kita nak pening kepala.

melalui pengalaman aku, biasanya nazir, JPN atau PPD akan guna pendekatan itu jika ada aduan, sebab nak tau situasi sebenar..kalau jumpa GB ..biasanya GB akan angkat tongkat okestranya..

sorry cup kalau bertentangan pendapat...

ybs said...

sof,
dlm bulan Jun lepas aku didatangi pihak nazir kerana hendak memantau pelaksanaan p&p PSV utk kurikulum baru 2010, sekolah aku melaksanakan projek rintis. Pihak nazir pun dah tak main redah jer sof, dia siap call seminggu sebelum dia nak datang! Pendekatan nak cari/ngintip kesalahan orang dah kira out of date la sof....