Thursday, May 14, 2009

program hari guru

hari guru yg jatuhnya pada 16 hb Mei tahun ini adalah hari Sabtu. Sambutan di peringkat sekolah akan diadakan pada hari Isnin 18 hb Mei. Di antara aktiviti yg akan diadakan (selain drp upacara rutin) ialah pertandingan bola baling antara guru lelaki dgn murid dan guru lelaki dikhendaki memakai kain batik ---> mcm2 la korang ni, mane aku nak cari kain batik, isteri aku dah tak pakai kain batik dah....huhu

Guru pompuan pulak akan bermain bola jaring dan mereka dikhendaki memakai kain pelikat ---> sukati kau ler labu.... jgn sampai laki kau tak berkain udah ler...

Selepas rehat akan diadakan karaoke ---> ni yg aku paling nyampah ni sbb aku tak pandai langsung nak menyanyi..... cabutan undi akan dilakukan dan sesapa yg kena mesti menyanyi---> tak bole ke korang buat aktiviti yg tdak menyusahkan org ....... buat ler yg relax2, santai.... bkn ke hari tsb merupakan harijadi aku jugak, respek (baca suspek) ler kat aku sikit yg dah tua ni....huhuhu, saje suka nak mendere ye....???


4 comments :

zaijb said...

okeylah tue, sekurang2nye bergembiralah sedikit setelah penat bekeje, itu bukan penderaan... takkan asyik nak serius je... boring tau...

yusofsipan said...

mekasih zai krn menjadi yg pertama beri komen, nak kena beri hadiah jugak ke mcm si sifu lakukan....?

saya sebenarnya jarang serius, tu yg semua staf manja kat saya..... hehehe

WR said...

Selamat Hari Guru. Dalam pada bersuka-suka menjalankan aktiviti haqri guru, jangan lupa pelajar perlu diawasi juga.Terutama pelajar sekolah menengah. Cikgu buat aktiviti/ program.. dia orang pun buat aktiviti"lain" yang menyusahkan guru...

yusofsipan said...

selamat hari guru utk waruna jugak.

Haah bebudak ni mmg selalu kena diawasi, kalau di sekolah rendah bimbang mereka mendapat kemalangan... patah tangan ke patah kaki ke...., budak2 bkn bole duduk diam!