Thursday, January 29, 2009

tudung

Wahai kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan -kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-

1.Tudung 'Mickey Mouse'
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja!. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung 'See Through'
Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4. Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung 'Singlet'
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji
Sekejap pakai, sekejap tidak. Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah di sebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk." (At- Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu, ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:- "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."

7 comments :

Anonymous said...

yang ke-6 tu bukan ke tudung wat tutup lauk... hehe

Juita said...

tudung sutera tudung plastik
mari dipakai oleh sinyonya
isteri ckgu yusof yang cantik
mn satu jenis tudungnya?

hehehehe, xreti wat pantun, btol ke idak tu pantun saya,

yusofsipan said...

Tera, haah btol ler tu dan kekadang dipanggil jugak 'tutup saji' krn ianye digunakan utk menutup makanan dan kalau nak buat tutp kepala pun bolehhh....

yusofsipan said...

Juita, wokey per pantun tu, ni pulak pantun saya, x bape reti juga wat pantun;

Mari berkolek ke Pulau Bidong
Singgah berburu di dalam hutan
Isteri cantik memakai tudung
Hanya matanya saja yang kelihatan

Naa..a said...

tudung ikin,tudung siti tu termasuk dalam kategori mana yek?Tapi yang paling vogue tudung saji la...

yusofsipan said...

rosnah, tudung ikin dan tudung siti tu bole ler masukkan kat mana2 6 kategori tu, sesuaikan....hehe

masih guna tudung saji ke kat rumah? la ni kan dah ramai guna bekas makanan yg tlh sedia bertutup!

Anonymous said...

Pulau pandan jauh ke tengah,
sakit badan termengah-mengah.


tudung putih tera nampak cantik
budi bahasanya juga molek


---anak dara