Sunday, January 04, 2009

pemansuhan yuran sekolah

Menurut SPI 7/2008, hanya bayaran insurans sahaja yang boleh dikutip. Bayaran2 bagi program sekolah perlu endorsement dari mesyuarat agong PIBG yang akan diadakan selewat2nya pada 31 Mac 2009 dan bayaran dibuat selepas pertengahan tahun. Sejauhmanakah pentadbir sekolah akur dengan pekeliling ini?

Rungutan masih kedengaran di sana sini....

7 comments :

Anonymous said...

Cop,
Ada yang faham tetapi buat tak faham.
Ada yang faham dan melaksanakannya.
Ada yang tak faham buat-buat faham.
Ada yang tak faham dan terus tak faham.
Itulah karektor manusia. Malu bertanya sesat jalan. Dah tahu jalan langsung buat tak kisah sekeliling laluan.
Berfalsafah sikit.......

CikguSepajo said...

Kalau pasal duit jangan buat main-main. Ikut sajalah SPI tu.

kembara kelana said...

segala nya kerana KEPENTINGAN tertentu bukan memenuhi KEPERLUAN. Takut pada tekanan dan desakan segellintir manusia, maka banyak yang menjadi mangsa. Sekolah dah kadi macam KABADI... satu upacara cucuk cucuk badan dalam perayaan agama hindu. Semua yang berlaku..nak cucuk kat 'SEKOLAH' Beginilah kalau kita selalu menafikan kebenaran dan menegakkan kepentingan peribadi. Maaf terkasar..sekdar meluah perasaan buakn menghasut.

Anonymous said...

Kat sekolah saya ramai penjaga pelik. Dia orang nak bayar duit, tapi semua guru tak nak terima duit! Ada guru menyorok sebab ada penjaga cari nak bayar yuran. Kelakor juga! Dunia sudah tak serupa dulu.Dulu cikgu kejar penjaga sebab tak bayar yuran!Hari ini ada penjaga marah-marah guru sebab tak nak duit yuran dia.

WR said...

suami saya bukan pendidik.Dia tak tahu hal ni. Nak diterangkan pun malas rasanya. Dia beri duit untuk bayar yuran anak-anak. Saya ambik je...simpan. Separuh dah guna untuk beli buku tulis dan alat-alatan sekolah.

mantan said...

Selepas Mesyuarat Agung PIBG nanti ada pula penjaga yang marah guru.

Anonymous said...

faham tak faham, atau buat pekak badak.ada satu sekolah tu dah umumkan kpd waris pakej yuran (pakej C)akan dikutip bln jun nanti.sekarang ni mana ada pakej tu lagi.
apa kejadahnya GB ni....?tak faham2langsung.

senang je, kalau tak berduit jangan buat program2 yg memakan duit.tu aje.