Pagi tadi aku ke sebuah kedai runcit di kampung mertuaku. Ketika hendak masuk kedai, aku terdengar sebahagian daripada perbualan dua lelaki ketika berjalan berhampiran mereka.
"..... sebelum rehat dia masuk lepas rehat dia masuk lagi!"
"Yeke?"
"Aku tak tahu laa, takde keje lain ke GB aku tu?"
Setakat itu jer yg sempat aku dengar tapi beberapa kepastian aku perolehi; pertama, mereka adalah guru dan keduanya, lelaki pertama tidak senang dengan amalan pencerapan P&P yg dilakukan oleh GBnya.
12 comments :
erm... tera suka sgt klu GB masuk mencerap, malangnya selama tera jd ckgu ni blm penah sekalipun GB masuk mencerap... tk tau le kenape!
tak per..biar aku cerap tera...nak berapa kali cerap cakap. mula mula aku cerap blog tera..memang terror punya blog, dari blog tu rumusannya tera ni memang suka make up.
sop
kau ni dengar cerita kat kedai kau nak masukkan dalam blog, ada jer akal kau yer..memang spy labu betulkau, tu
Sop, memang cikgu2 tak suka dicerap. Seperti yang En Shukri beritahu, mungkin GB nya cerap untuk cari salah dan bukannya untuk membimbing. Banyak pengajarannya boleh diperoleh dari cerita tersebut. Oleh itu kita sebagai GB perlu mencerap secara bijaksana dan tujuannya untuk membimbing. TK.
huii, ade org nk dtg mencerap tera, agak2 bila nk dtg cerap tu?? blh tera sediakn kopi + beskot kering... tp tera rasa kn elok buat cjj je, lg senang... hehe
*cjj = cerap jarak jauh
tera cadangkan selepas mencerap, blh la panggil ckgu tu secara personal dan bgtau kekuatan dn kelemahan ckgu tu, dgn ini dapat la ckgu2 perbaiki mne yg kurang.
tera, sama la kita, masa lom jadi GB, saya pun tak penah dicerap. Bila dah jadi GB ni pun bknnye kita suka sgt nak mencerap, dah tugas dan kewajipan kan, nak buat mcm mane... Biasanya kami lakukan pencerapan mengikut prosedur yg ditetapkan; bkn tujuan nak cari salah dan perbincangan sentiasa dibuat sama ada sebelum atau selepasnya. Tahniah krn tera suka jika dicerap tapi masih ramai juga yg berasa sebaliknya....
KK @ labi, mentang2 ler tera tu cikgu pompuan cepat jer kau nak mencerap ye? Aku yg dah lama kau kenal ni ada ke kau kata nak cerap blog aku? Takde kan? Maklum ler aku lelaki dan blog aku pun tak cantik....takde make up! Rupa jugak yg kau pandang ye...! Semua yg berlaku di sekeliling boleh mengajar kita ttg kehidupan sof, tak payahlah aku nak sebut panjang ttg perkara ini krn kau terlebih ler maklumnya.... aku adalah aku yg menulis di blog ini seadanya.....
Faris, betul ler tu, aku pun ada tekankan masa kumpulan aku buat presentation dulu.... masihkah kau ingat? InsyaAllah aku akan mencerap dgn cara yg bijaksana (berhikmah), tk.
sop
walaupun kau dah tua, kau masih cemburu buta, tera tak ada apa apapun, dia nak bagi biskut lagi dan air kopi.. kau nilah sop.. blog kau memang macam blog aku, tak ada gincu pun..blog tera memang ada class..aku berilah sikit input kekuatan dia..tupun kau terasa hati...labu labu..
tera
blog abg ialah http://diarikembarakelana.blogspot.com/
tera masuk dalam group blog abg.. pun tak ape..smsj dan ppgb..
[ saja guna perkataan abg nak bagi labu marah...] hahahahahaha
uwekks..... nak termuntah aku sof!!!
hahahaahaha
adoiiiyaii, cek abg brdua ni gaduh la pulak... kok ye pun nk gaduh ajak le tera skali.... hehe!
Apa cerap tu?
Menilik dengan penuh perhatian ke?
Selalunya, kalau saya pergi ke debat, mesti akan ada ayat ini di kalangan pendebat: "gagal mencerap nampaknya pihak di sana ..."
Apa tu?
cik hafieynur,
kalau mengikut kamus dewan;
mencerap 1. memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat pd; 2. Id menerima sesuatu dlm hati dgn pancaindera, menanggap;tercerap dapat dicerap oleh pancaindera; cerapan sesuatu yg diterima dgn pancaindera (spt yg didengar, dilihat, dll), tanggapan;
pencerapan perbuatan (proses) mencerap sesuatu (fenomena, dll).
kalau di sekolah; pencerapan adalah bermaksud memerhatikan guru mengajar di dalam kelas. Jugak disebut sbg pemantauan dan kedua2 pencerapan/pemantauan ini adalah tergolong dalam kategori penyeliaan yg menjadi salah satu drp tugas utama gb di sekolah
Post a Comment