Friday, January 02, 2009

menuding

Dalam satu taklimat pendaftaran murid, seorang pengetua menyentuh tentang beberapa masalah yang dihadapi di kalangan pelajar yang diterima termasuklah masalah 3M. Beliau telah mempersoalkan apa sebenarnya yang telah berlaku di sepanjang 6 tahun di sekolah rendah sehingga ada pelajar yang langsung tidak mengenal abjad. Satu tamparan atau cabaran? Apa sebenarnya jawapan terhadap masalah ini jika anda adalah salah seorang guru di sekolah rendah?

8 comments :

simantanguru said...

CikguYusof,
Masalahnya bukan terletak pada pelajar yang lembam itu atau guru yang mengajarnya.

Masalahnya terletak dalam diri Pengetua itu.

Memang terdapat pelajar yang tidak boleh membaca walaupun diajar selama sepuluh tahun!

simantanguru said...

Seorang Pengetua sepatutnya sedia menerima pelajar yang mendaftar tidak kira walau bagaimana dan apa pun keadaan pelajar-pelajar itu.

Anonymous said...

murid ada masalah pembelajaran?dylexia or sebagainya..guru pemulihan perlu memainkan peranan..klu ade masalah cek doktor..atau guna kaedah lain..kaedah fonik misalnya..
semua pihak perlu ambil berat isu ini..

Kembara Kelana said...

terima input tu, proses lah beb, sampai boleh baca..

cikguyusof said...

rerakan blogger,

Pada tahun ini saya ada menerima seorang guru KPLI opsyen Pendidikan Pemulihan Khas. Mudah2an kelas pemulihan di sekolah saya akan menjadi lebih efisyen dan berjaya

NoRT said...

bagi sy,pengetua t patut trima dgn terbuka la mslah ni..x yah letak kelemahan ni kat sapa2.. pendapat kdg2 pengetua ni seperti diburu bayang2 n kesilapan lampau sendiri je...padahal dulu sebelum jadi pengetua,dia pun ngajar x segah yg dicanangkan!! Maaf la kalo ada yg terasa...

Mak Ton said...

Hmmmm....
itulah peranan guru sekolah rendah mengenalpasti masalah pembelajaran sejak awal. kemudian inform parent supaya bawa anak jumpa doktor untuk confirm masalah sebenar, dyslexia ke lembam ke hyper ke. Then advise parent supaya anak dimasukkan ke kelas pendidikan khas (atas nasihat doktor). Kalau sekolah tu takde pend khas, hantar ke sekolah yang ada.
Parent pulak jangan rasa bila anak di pend khas tu tak normal. Tujuannya nak bantu anak. Itu la yang pengetua tu pelik kot, dah 13 thn tak kenal huruf memang aneh.

cikguyusof said...

pengetua tu bukannya tak faham ttg kelas pendidikan khas tu mak ton, di sekolahnya pun ada.... tapi mungkin nak buat sedap bercakap, sentuh2 ler sikit mana2 yg sensasi!

maklum ler lidah tak bertulang, sering kita terlajak ketika berbicara...