Saturday, January 17, 2009

wong pau choo

Semalam, seawal jam 2.30 ptg aku telah berada di SMK Jalan Junid, Muar utk hadiri mesyuarat Panitia Pendidikan khas Daerah Muar. Agenda pertamanya ialah menjamu selera; beehoon sambal telor rebus dan dua tiga jenis kueh. Seorang guru perempuan cina separuh umur menegurku, " u ni orang baru kan, baru pindah ke muar ke?" "i am very new here, tapi bukan baru bertukar, baru dlm panitia ini," jawabku ringkas. Perbualan terhenti di situ namun semasa dalam mesyuarat, ketika membelek2 nama penyelaras pendidikan khas, aku tertarik dgn nama Pn Wong Pau Choo dari SMK Bukit Pasir. Ingatanku terus melayang ke tahun 1976 ketika aku berada di Form Three A di Sekolah Tengku Mahkota dan aku pasti Wong Pau Choo ni adalah classmate aku! Dalam pada itu, guru cina separuh umur yg menegur aku ketika makan tadi bersuara dalam mesyuarat dan aku terdengar pengerusi memanggilnya dengan nama Puan Wong, masyaAllah!, kami telah bertemu dlm keadaan tidak mengenali antara satu sama lain. Selepas tamat mesyuarat, aku terus berjumpa dgnnya utk membuat pengesahan. Oleh kerana kesuntukan masa, aku hanya sempat akhiri pertemuan itu dgn kata2, "kita jumpa lagi nanti!"

Tidak dapat hendak kubayangkan rasa gembira apabila dapat berjumpa semula dengan rakan sekelas selepas lebih daripada 30 tahun berpisah....

5 comments :

chehassan said...

Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Maksud saya, jumpa kawan2 semasa sekolah atau semasa kanak-kanak.

mantan said...

Kalau berjumpa dengan rakan sekolah yang sudah bepuluh tahun tidak bersua, macam-macam perasaan akan kita rasai.Suka dan sedih. Spontan teimbas nostalgia akan masa lampau ketika bersama-sama berada pada zaman usia yang berbeza. Teringat kenakalan ketika masih di alam persekolahan. Ketika bersua semula, secara spontan kita akan menilai "perubahan" pada diri masing-masing. Hebatnya saat pertemuan kembali itu.

Anonymous said...

Cikgu, baru2 ni saya berjaya menjumpai beberapa orang kawan yang dah lebih kurang 20 thn tak jumpa. So, saya tau bagaimana perasaan cikgu, seronok, gembira, segan pun ada jugak. Ye lah, kita ni cikgu je, orang tu mungkin dah jadi 'somebody'. badan kita pulak dah 2 kali ganda dari dulu....

CikguSepajo said...

Saya pernah bertugas bersama Pn Wong di SMk Bukit Pasir. Masa tu murid dia dua orang je. Opah Chik, cikgu pun "somebody" juga apa.

WR said...

memang seronok bertemu kawan lama... saya pun teringin sekali bertemu kawan lama yang sama-sama menuntut di SMTeknik Jb dulu....