Friday, January 23, 2009

Pn Marina bertukar


Semasa rehat tadi, diadakan jamuan sempena pertukaran Pn Marina bt Yaacob ke SK Ismail 2. Hanya sempat setahun saja beliau bertugas di sini dan oleh kerana pernah mengikuti kursus kaunseling selama 14 minggu maka tenaga beliau diperlukan sebagai kaunselor sepenuh masa. Dalam ucapan tadi aku ada nyatakan bahawa secara peribadi aku memang sangat gembira ketika menerima Pn Marina tahun lepas. Ini adalah kerana Pn Marina adalah seorang guru lama yang berpengalaman luas. Khidmat bakti beliau memang sangat diperlukan di sini, namun sebagai penjawat awam kita hanyalah sebagai yang menurut perintah, semestinya akur dengan arahan pihak atasan.

Selamat bertugas di sekolah baru, semoga lebih merasa gembira dan ceria!

2 comments :

Anonymous said...

slm cekgu... cuti2 plan nak gi mne agaknye? nape cekgu tk add shoutbox kat cni, senang nnt nk laung2... hehe

yusofsipan said...

Tera, mungkin tak ke mana2 la, hari ni ada koko kat sekolah, pastu jam 11.30pg buat in-house; kajian tindakan, JPN Johor meminta semua guru menyediakan sorang satu kajian tindakan. Proposal kena hantar ke ppd sebelum 20 Feb.

Shoutbox tu akan saya add nt, saya sebenarnya tak bape gemar widgets banyak2... ada yg dah saya add pastu remove...