Friday, January 23, 2009

limau mandarin

Semalam selepas isyak, aku ke sebuah mini market bersama aisyah, anak bongsuku membeli sedikit barang2 keperluan. Ketika membuat pembayaran, taukeh mini market menghulur kepadaku bungkusan plastik berisi buah limau. Sejurus masuk ke dalam kereta, aku mengupas sebiji dan memberi separuh kepada anak, masam!!! Aku berkata pada anak, "Cuba adik pulak amik sebiji..." Dia mengambil sebiji dan memberinya kepadaku. Setelah dikupas aku memberinya separuh dan minta dia makan dulu. "Manis la papa!" katanya. Aku macam tak percaya tapi tanganku terus jugak menyuap seulas limau ke mulutku, "haah manis la...pandai adik pilih!"

2 comments :

mantan said...

Cikguyusof,
Macamorang juga, ada yang manis,ada masam.Yang masam-masam manis pun ada.
Yang susah sikit ada yang masam manis masam manis.

yusofsipan said...

haah betul la tu cikgu wahab, cuma kekadang kita suka yg manis dan kekadang suka pulak yg masam.... kalau masam manis masam manis pun takpe, masih boleh dimakan, jenis masakan pun ada banyak rasa; misalnya masakan ikan siakap 3 rasa!