Petang semalam, isteriku bercerita;
Semasa mengajar PSV di kelasnya sendiri, tahun 3, seorang murid perempuan berulangkali ke meja depan meminjam pensil warna daripada seorang murid lelaki. Isteriku menegur, "Shida (bukan nama sebenar), kenapa awak pinjam pensil warna Ariff (bukan nama sebenar), dia pakwe awak ke?" Berderai ketawa murid2 lain tapi kedengaran kemudian satu suara yang berkata, " Cikgu, dia orang adik beradiklah cikgu..." Isteriku tercengang, "Hah, biar betul! Shida, mak awak dgn mak Ariff sama ke?" "Tak cikgu, bapa kami jer yang sama..."
Isteriku 'tersenyum panjang', dah masuk hari kedua baru dketahui bahawa mereka adalah adik beradik sebapa, Shida lahir pada bulan Jun dan Ariff pula pada bulan April. Meriah keluarga mereka kan?
5 comments :
elokla mereka mempunyai hubungan yang baik. Harap2 hubungan baik mereka itu kekal hingga mereka dewasa. Biasanya kalau anak sudah besar baru tahu mereka adik beradik sebapa... mengamok la juga.. hehee
mungkin ini akan terjadi kepada anak2 kau usup.anak isteri pertama, kedua,ketiga dan keempat berada dalam satu kelas.
apapun boleh terjadi....meriah kan,kan...itu pun kalu isteri2 tadi tahu mereka bermadu, kalu tak ,apa jadi yek....
wei lebah jantan, bila masa ler pulak aku dah ada isteri sampai 4 orang???
manalah tau kan! dapat isteri ketiga dan keempat ! ha......ha.......ha....
banyak ler mana tau ko tu anonymous, sampai nak beristeri 4 pulak! Ikut sedap jari jer kau menaip ye, aku sumpah ko jadi bapak ayam baru tahu!!! lagi banyak bini....
Post a Comment