Subuh tadi selepas balik dari masjid, aku kejutkan anak bongsu supaya bangun dan solat subuh. Pastu aku baring2 ler kat bilik tu, badan pulak terasa sejuk, memang best kalau sambung tidur ni. Anak aku kata dia taknak tidur tapi dia turut baring di sebalik aku. Kami bersembang sebentar dan kemudian.......zzzzzzzz. Pukul 9.30 baru terjaga, hilang cerita nak bersihkan longkang depan rumah!
Selepas zohor aku ke sekolah, sebelum keluar tadi isteri aku berpesan melalui anak supaya jangan berlama2 di sekolah, hari ni kan cuti! Aku buat dengar tak dengar jer. Rumah aku dengan sekolah dekat sangat, seminit dua dah sampai. Terfikir jugak bahawa aku telah menjadikan sekolah seperti rumah kedua aku....
5 comments :
Iye lah Cop... I pun terkadang telah memberikan masa yang lebih utk sekolah dari umah. Ada satu ketika tu ( masa tu zaman kita berulang alik ke UPSI dulu...) bila nak meninggalkan sek dan kembali ke sekolah punyalah sibuk! (kot buat2 sibuk!).. I tak sedar ari dah mlm..tiba2 terdengar azan maghrib dari masjid depan sekolah.. tgh2 sibuk menutup ofis .. sms dr hp berbunyi begini dari hubby " sibuk beno ke.. nak abg tolong hantar tilam dan bantal". ha..ha..ha..
Huii, jgn le sampai nak tido kat sekolah... nnt isteri hantarkan tilam bantal pulak... hehe
anyway, thx singgah kat smtmt.com n tinggalkan pesan di guestbook.
GB biasa lah pegi sekolah hari ahad
Cop, walau sibuk macam mana sekalipun, masa untuk keluarga perlu diperuntukkan. Diikutkan kerja memang tak habis-habis. Aku pasti, kau bukan aje banyak kerja sekolah tapi juga kerja2 lain yang kau nak buat. He he he.... relax Cop.
ita, kalau hubby u sms mcm tu lagi u ajak dia sekali ler tido kat sekolah, honeymoon, ok jugak kan...
tera, anak saya dulu di 5PE1, kalau tak silap laa..., namanya Ibrahim bin Yusof (pengawas), kenal ke? Kekawan pompuan dia kata hensem, mcm bapak dia ler....hehehe, gurau jer!
seri, biasa jugak ke sekolah pd hari ahad kan?
faris, aku mmg sentiasa beri masa utk diorang, diorang jer yg tak pernah rasa cukup... Pandai jer kau kata aku buat keje lain ye, aku buat keje sekolah ler tapi layan blog mesti tak miss....hehe
Post a Comment