Thursday, January 22, 2009

dibuang sekolah

Bekas murid aku pada tahun 2004 dulu datang utk mendapatkan pengesahan dalam borang rayuan utk bersekolah semula setelah dibuang sekolah pada tahun lepas. Aku bertanya, "Awak masih ingat saya tak?" Dijawabnya, "Tidak, tak perasan la cikgu..." Kurang asam betullah! Dia tamat belajar pada 31 Disember 2004 sedangkan aku mula bertugas di sekolah ini dalam bulan Mac 2004. Dia dibuang sekolah kerana ponteng sekolah. Ibu bapanya telah berpisah dan dia tinggal bersama2 emaknya. Emaknya sudah tak larat nak mengawalnya lagi. Aku mengambil kesempatan jugalah memberi kata2 nasihat memintanya supaya menghabiskan pelajaran tingkatan 5 dan juga mengambil peperiksaan SPM serta jagalah batas2 pergaulan, carilah kekawan yg baik supaya mudah utk menjadi baik. Riak wajah pelajar ini agak lembut dan tidaklah kelihatan sangat nakal. Memang ada harapan cerah bahawa dia akan insaf dan berubah.

4 comments :

CikguSepajo said...

Kesian dgn budak-budak macam ni, kadang-kadang mereka menjadi mangsa keadaan. Saya doakan budak ini akan berubah kpd yg lebih baik.

kembara kelana said...

labu
kau buatlah apa yang patut labu...pikirkan juga nanti kat akhirat, kau akan di soal ..[ jangan marah labu ]

yusofsipan said...

cikgusepajo, sama2lah kita berdoa mudah2an....

labi, aku cakap jugak kat budak tu bukannya aku nak berleter tapi sbg seorang tua selayaknyalah memberi nasihat, nt kalau dia dah tua pun dia tentu akan memberi nasihat kpd mereka yg sebaya dgn umur anaknya, betul tak labi? Masa aku beri nasihat tu, asyik aku teringat kat anak2 aku, maklum ler anak ramai kan...

Anonymous said...

hehe... biasa le tu cekgu, sekeh je dia