Saturday, January 24, 2009

kajian tindakan

JPN mengarahkan semua guru menyediakan seorang sebuah kajian tindakan. Semalam, terima surat daripada PPD meminta maklumat tentang pendedahan kajian tindakan kepada guru-guru dan meminta juga supaya proposal dihantar ke ppd pada atau sebelum 20 Februari 2009. Tindakan segera perlu diambil, maka pada hari ini aku mengadakan taklimat mengenai kajian tindakan kepada semua guru. Moga mereka semua mudah faham dan boleh menghasilkan kajian tindakan mereka masing2 dengan jayanya.

9 comments :

Anonymous said...

ke arah pengurusan p&p yang lebih terancang dan terarah....semoga cikgu-cikgu tak semakin pening kepala!

Anonymous said...

berasap kepala nih, keje yg ada pun tk selesai2... huhu!

mantan said...

Cikguyusof,
Kajian tidakan spt itu, tak perlulah tajuk yang berat-berat. Kajian dalam skop yang kecil sahaja dah cukup. Kajian tentang masalah biasa (tapi penting) di kelas atau sekolah, boleh dah. Banyak yang boleh dikaji berkaitan,murid, guru, P&P, staff, pengurusan, pentadbiran, penggunaan alatan, kecekapan penggunaan masa dan banyak lagi...Kalau nak fokus pada P&P saja pun dah cukup banyak...

Anonymous said...

Aslamualaikum, trimakasih respon resepi cupcaketu, rasa sedap tak sama spt surisuryati punya,tak guna marjerin guna minyak dan kukus . suruh org rumah cuba. Nak makan patin di rmah kita singgahle tapi bri tau dulu. Sejak di SK.Penderasni sibuk kalah GB,keja jaga murid aslini terlalu berbeza dari sk biasa, diotambah pula thnni telah dicalonkan sekolah kluster org Ali dan Swk cemerlang, letih leh..balik tak le boleh cepat spt di Felda, koko dijlnkan pagi balek jam 2.45 ptg. tiada guru boleh tuang aktiviti, GB Cemerlang Daerah Temerloh hai memeng hebat tindakanannya. Bagus juga Guru buat kajian tindakan, agar kelemahan dapat cepat dibaiki secara org2 profewsional.

kembara kelana said...

tajuk yang paling sesuai

guru lelaki perlu berkawin dua dalam mengatasi masalah hawa nafsu yang menjejaskan proses dan tindakan semasa p&p

asas kajian:
ramai guru perempuan , membujang dan janda
ramai guru lelaki mengada ngada

responden
30 yang kawin 1 [lelaki]
30 yang kawin 2 [lelaki]

masa
6 bulan

kos
RM 500.00

apacam labu? ok ke kajian tu, hahaha menyakat lagi ..sakat labu sakat. Jangan marah

Anonymous said...

tajuk kau tu tak bape tepat la labi, cara atau kaedahnya tidak dinyatakan....

kembara kelana said...

wah..takkan aku detailkan dalam ruang komen yang terhad ni..kau kan dapat A dalam KT dulu...labu, labu

Anonymous said...

Salam Ucop,
Kajian Tindakan ni perkara enteng aje. Kan kita dah belajar masa di IAB dan UPSI. Tak jadi masalah untuk kau bimbing guru2 kau tu. Aku dah pun buat taklimat kepada guru2 aku tahun lepas lagi. Cuma belum minta setiap orang guru buat tahun ini. Rasanya aku nak wajibkan setiap orang guru buat sekurang2nya satu KT.

yusofsipan said...

bagus ler tu faris... aku dah pun mewajibkan cikgu2 aku supaya sediakan sorang satu KT. ada yg tanya takleh buat bersama (kolaboratif ler tu) ke? aku kata tak boleh, sbb kali pertama ni aku nak semua guru merasai pengalaman dan peluang membuat KT. wokey ke mcm tu?