Sunday, November 18, 2007

Orang Yang Berakal Itu

Ditanya kepada Rasulallah, “ wahai Rasullah, siapakah orang yang paling pintar?” Rasulallah menjawab, “ orang yang berakal” ditanya lagi, “siapakah orang yang paling berbakti?” Rasulallah menjawab, “orang yang berakal.” Mereka bertanya lagi, “siapa orang yang paling utama?” Rasulallah menjawab, “orang yang berakal kerana setiap sesuatu mempunyai alat dan alat orang mukmin ialah akal dan setiap kamu mempunyai pemimpin dan pemimpin orang mukmin ialah akal. Setiap kamu mempunyai tujuan dan yang utama bagi hamba Allah ialah akal”

Riwayat Ka’ab dan Abu Hurairah

2 comments :

Anonymous said...

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

“Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

Anonymous said...

jvawIndah sungguh burung di awan
Pasang jerat di dalam taman
Indah sungguh madahmu puan
Buat panduan jadi pedoman