Thursday, November 08, 2007

Anak Kandung Suluh Budiman

Suatu hari sedang aku memandu menyusuri jalan di tengah2 kampus induk UPSI, aku seperti disedarkan bahawa aku adalah sebahagian daripada warga UPSI iaitu setelah lebih setahun aku menuntut di sini. Aku seperti bayi kecil yang baru dilahirkan dari kandungan ibu UPSI, akulah anak kandung suluh budiman, akulah pelajar dan akulah mahasiswa (baca mahasitua) UPSI. Mengapa hanya selepas setahun baru aku merasakan sedemikian, adakah selama ini aku sebenarnya masih dalam kandungan? Apakah anda, wahai kawan dan teman, merasakan yang sedemikian jua?

No comments :