Tuesday, November 13, 2007
Micro Teaching
Micro teaching semalam tu, hampeh! Teruk sungguh! Akulah yang paling malu (terasa malu sendirilah sebab aku ni opsyen pengajian melayu). GB2 ni semua dah hilang skill mengajar la, buat RMH pun celaru, hai entahlah, ke dah lama tak mengajar? Ke memang GB2 ni semua kurang ajar, maksud aku kurang mengajar la.... aku sendiri contohnya, enam masa jer seminggu, mengajar PSV, tahun satu pulak tu....Dah lebih sepuluh tahun tak penah mengajar BM! Abeh nak ambik kelas lain nanti tak terajar, maklumler GB kan sibuk mengalahkan menteri, mesyuarat sana mesyuarat sini, tak betah duduk di pejabat sekolah.... nak jumpa kekadang susah bebenor. Tanggungjawab besarlah katakan.... Walaubagaimana pun ilmu P&P ni perlu dihayati oleh semua GB, nanti mudahlah ler kita hendak melakukan pencerapan, betul tak? Ok, sekian dulu, jumpa lagi, wassalam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
mcm ni abis aku hari ni kena buat micro teaching
Post a Comment