Saturday, November 10, 2007

Kenapa Aku Tak Balik

Hari ini macam malaslah pulak hendak menulis. Aku masih di sini, terperap dalam bilik, assignment masih ada yang belum dapat disiapkan lagi. Fikiran dan ingatan tidak menentu... Sunyi? Memang le sunyi, ramai kekawan yang tak ada, semua balik kampung, meneruskan perjuangan hidup... Kenapa tak balik? Laa...balik2 soalan ni juga yang ditanya, kat kelas hari rabu tu, soalan inilah yang menjadi soalan paling popular. Naik rimas dan malas aku nak menjawabnya. Kalau korang nak balik, baliklah, jangan risaukan aku, pandai le aku menjaga diri....huhuhu (sedih). Anyway bebanyak terima kasihlah, aku tahu korang semua memang prihatin, kasihan kat aku kerana selalu tak balik... tapi memang jenis aku yang tidak suka nak balik, nak buat macam mana? Biasanya berbaloi jugalah kalau aku tak balik, dapatlah aku menyiapkan assignment. Kali ini, setakat hari ini dua assignment dapat disiapkan, kira oklah tu, kalau kat rumah, separuh pun mungkin tak dapat, itu akulah, korang mungkin lebih bersemangat lagi ketika buat assignment kat rumah....

No comments :