Rahsia Ciuman Lelaki
Apakah tanda di sebalik ciuman suami atau pasangan
anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat
rahsia? Ya! Apakah rahsia di sebalik sebuah
ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat
sedang mencium manja seorang kanak2 kecil yg
comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan
minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda
sayang dan prihatinnya terhadap kanak2 itu. Tetapi
apabila ada pasangan lelaki mencium atau mengucupi
wanita, apakah tanda dan rahsia di sebaliknya?
Sesungguhnya kucupan atau ciuman seorang pasangan
lelaki terhadap pasangan wanitanya itu terselit
rahsia yg perlu anda ungkapi dan fahami
persiratannya. Ia mempunyai makna-makna tertentu
dan kita akan seronok apabila benar2 dapat
menyingkapnya. Ia memudahkan anda utk memahami
sikap si! dia. Ciuman pada bahagian2 tertentu di
tubuh wanita mempunyai rahsia yg berbeza lagi
tersendiri.
Ciuman atau Kucupan pada Tangan
Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda,
itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati
anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yg bersopan akan
mengucup orang yg dihormati dan disanjunginya pada
bahagian belakang tangan orang yg berkenaan. Ini
biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu
bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya,
seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya... .
Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan
pasangan wanitanya, apatah lagi seorang suami
kepada isterinya. Jikaberlaku juga sedemikian, itu
menandakan si lelaki berkenaan benar-benar
menyanjungi dan menghormati wanita tersebut
sebagai seorang yg istimewa dalam hidupnya.
Ciuman di Dahi
Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium
pasangan wanitanya di dahi. Apakah tandanya? Jika
anda pe! rnah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi
itu tandanya si dia begitu kasih terhadap anda.
Dan kasihnya begitu kudus Anda dapat berasakan
getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.
Ciuman Sayang
Jika pasangan anda mengucup anda di pipi, itu
tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda
sedang marah dan dia tiba2 mencium pipi anda, itu
maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa
yg terjadi. Malah ciuman sayang di pipi sering
dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam
suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila
suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh,
satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda,
rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.
Ciuman Cinta
Saat anda sedang berdiri, tiba2 suami anda datang
sambil memegang kedua pangkal lengan anda. Lalu
anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda
bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan
hinggap di bibir anda.Itu tandanya sebuah ciuman
cinta sedang ditebarkan. Anda tetap dicintainya,
bahkan kian hangat sehangat ciuman yang terhinggap.
Kucupan dari Belakang
Pernahkan anda dikejutkan oleh suami anda dengan
kucupan dari arah belakang? Contohnya sedang anda
sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa
dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi
anda. In menunjukkan betapa pasangan anda begitu
geram terhadap anda. Dan anda pun terasa terngiang
bulu roma di saat itu. Namun anda patut berasa
senang hati kerana tahu tahu betapa dia
terngidamkan anda!
Kucupan Lutut
Hah! Betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki
anda. Benar, jika anda terjumpa lelaki yg sanggup
mencium lutut anda, biarpun masih beralaskan
pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya
terhadap anda. Dalam ha ini, mudah pula anda
mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada
setiap kemahuan anda.
Ciuman Di hujung Kaki
Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita
melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam
India. Jika ada juga lelaki luar melakukannya , ia
kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung
kaki yang bukan kerana adat, itu petanda si lelaki
berkenaan sudah terlalu merendah diri dan
terlampau memuja anda.Anda boleh menganggap si dia
boleh diperlakukan apa saja oleh anda. tapi,
tengoklah juga. Lelaki pandai berlakon dan mungkin
dia cuma melakonkan saja utk mendapat perhatian
anda sedang hakikatnya tidak boleh diperlakukan
seperti yg anda tafsirkan. Apa pun, kucupan
sedemikian tidak seharusnya dilakukan.
Pastikan pencium anda ditanggung halal!!!
No comments :
Post a Comment