Saturday, November 10, 2007

Rahsia Bibir Wanita

RAHSIA BIBIR WANITA

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di

sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu

misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di

sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan

kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia

mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai

menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka

dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan

wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan

ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu

memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat

semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan

kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan

sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan

mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia

akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku

dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka

mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan

kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa

senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini,

cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini

tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan.

Kata-katanya tidak boleh dipegang, selalu bersifat

ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan

kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan

perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin

menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang

boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis

Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki

bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka

membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh

disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan

sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan

apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk

rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan

peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga

mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan

belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya.

Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani

kehidupannya.

Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan

pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan

gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka

didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini

juga suka bergantung kepada orang lain, tidak

mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu

bersikap ragu-ragu dengan apa yang

dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk

menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah

dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita

ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri

rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut

dan berleter jika tidak mendapat apa yang

diingininya.

Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu

yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia

juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika

dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu

memberi keseronokan dan kesenangan kepada

pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana

yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka

mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini

tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika

diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya

dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika

dia mula membenci seseorang, kata-kata yang

dihamburkan menyinggung perasaan orang dan

terburailah segala rahsia orang yang

dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan

bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk

tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak

pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika

anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat

kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia

akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi

kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau

tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan

mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita

jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam

kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang

yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia

juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya

untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang

dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta

apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai

merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang

hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan

diri.

3 comments :

PPGB Kohot 5 Group A said...

kalau pasal wanita, perempuan atau anak dara....aku memang percaya kau memang minat nak memanjang manjangkan cerita...tetapi ingat sop, bila kau pakai blog, jangan kau jolok sarang tabuan, nanti datang sb kat rumah hantar kau kat kem kemunting...semua blog yang ada kini dalam pemantauan..jadi kau kena hati hati..terutama ruangan comment..sebab tu kau edit dulu sebelum disiarkan semua yang kau buat ini dapat dibawa seluruh dunia bang...salam dan ingatan kawan lama sesama SDAD dulu...

Anonymous said...

bibir aku macam bibir negro, apa rahsianya. atas tebal bawah nipis lanjut. tok cop, cuba cerita apa rahsia.

yusofsipan said...

hoi che awe, mu tanya bibir hok mana, mu cakap molek sikit. tak pasal2 makan penampar kang