Monday, November 26, 2007

Kembali Bekerja

Setelah lebih daripada sebulan meninggalkan sekolah, baru hari ini kembali semula. Banyaknya kerja yang menanti...semua perlu dibereskan segera, lebih2 lagi perkara2 yang berkaitan dengan persediaan untuk sesi persekolahan 2008. Tak lama lagi sebenarnya... bila tengok takwim, 26 Disember akan diadakan mesyuarat guru...sebulan jer dari sekarang!!! Cepatnya masa berlalu pergi sehinggakan sering kita ketinggalan termangu2 tanpa sempat membuat apa2..... Masa tidak pernah mahu menunggu kita! Selamat menguruskan sekolah dengan penuh kebijaksanaan dan bergaya! Wassalam.

5 comments :

Anonymous said...

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

Kata mutiara di atas sebenarnya untuk mengingatkan diri saya sendiri, pun untuk renungan bersama.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ucop,
Assignment Negotiation dah siap ke belum? Bagilah sikit maklumat. Ok kan!

Kerjalah bersungguh-sungguh. Result DGA38 dah keluar. Dapat ke?

Anonymous said...

Waalaikumussalam Faris, tahniah lah ko dapat DGA38. Boleh check ke kat mana2 website? Aku rasa mcm aku tak dapat jer... Assign nego tu, baru aku tengok2 sikit, nampak gaya kita kena guna perkataan sendiri untuk buat penerangannya, itu yg aku slow tu, takleh nak copy & paste la...

Anonymous said...

wahai alan,
Terima kasih atas kesudian merakamkan kata2 mutiara, bolehlah buat panduan dan ingatan. U ni suka berfalsafah ye alan, teringin pulak nak tahu siapa diri u yang sebenarnya.....

Anonymous said...

Yusof, salah info kau tu. Aku tak dapat pun DGA38 tu. Borang yang aku isi tu untuk second intake pada tahun 2008. Kalau ada rezeki tu, insya-Allah lah. Aku doakan yang lain-lain tu dapat DGA38.