Wednesday, July 15, 2009

membuat keputusan

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan? Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian. Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement".


>>>> bijakkah keputusan yg telah aku buat?

14 comments :

mantan said...

Salam, sof.
Keputusan itu dibuat kerana difikirkaan betul. Menentukan bijak atak tidak keputusan itu diambil bergantung kepada masalah yg timbul selepas keputusan itu dibuat.

Faris said...

Cop,
Aku tahu kau di persimpangan dilema. Keputusan yang senang, kau potong putus-putus..... he he he...
Tapi aku pasti, kau seorang yang bijak. Kalau tak takkan boleh tamat mengaji dah tua2 ni.

Saur Sepuh said...

aku setuju sangat dgn pdpt mantan tu. tp sop kau tak cite apa kptsn yg tlh kau buat. mcm mana org nak menilainya. setiap hari setiap masa kita sentiasa membuat keputusan. sbgi cth hari ni nak pakai baju apa, warna apa, nak makan apa n so on. itulah kehebatan manusia. tanpa kita sedar kita sentiasa membuat dan mgbl kptsn. ttg masalah staf kau tu, pandai2lah kau menyelesaikannya. kalau dah tak blh baru tya kwn2, kot2 kwn2 blh mybg idea yg bernas ke arah penyelesaian maslah tersebut.

cikguyusof said...

waalaikumussalam mantan,

keputusan terbaru yg saya buat terasa kurang bijak krn dlm keadaan yg agak tergesa2 dan saya sendiri sedar akan kelemahannya di sana sini...

cikguyusof said...

faris,

sebijak mana pun kita, kesilapan masih boleh berlaku....

cikguyusof said...

pirzan,

keputusan aku telah dipertikaikan oleh bkn sahaja staf aku tp jugak oleh beberapa org ibu bapa...tp aku sedia dan sanggup menerima sebarang risiko...malah sanggup jugak mengaku kesilapan aku!!!

mpmn said...

aku rasalah apb kptsn sdh dibuat jgn kata kita silap. apa yg kita putuskan pd waktu itu adalah tepat pd ketika itu. tun mahathir tak pernah kata dia silap laksanakan PPSMI. wp jutaan org tak setuju. malahan dia lwan cara dia kerana dah tak jadi PM.

kembara kelana said...

cop
kalau dah buat keputusan , kau kena pertahan kan...biar sampai putih tulang jangan kau undur walau seinci.. kau dah cadang, ppd buat keputusan, ibu bapa jangan campur hal pentadbiran, kelab guru kau kau slow talk, supaya mereka faham sebab semua ornag tahu kau ada limitasi dan kau bukan final decision...kalau kau asyik mengendur pada tekanan, orang tak respect nanti...

yusofsipan said...

pirzan,
aku rasa tak salah kalau kita sendiri merasakan keputusan yg telah kita buat itu silap. aku bukannya nak ubah keputusan itu...!!! aku bersetuju dgn kau bahawa apa yg kita putuskan pd waktu itu adalah tepat pd ketika itu tapi aku tak bape setuju dgn tun mahathir la.... sori! hehehe

yusofsipan said...

sof,
aku mmg pertahankan dan krn itu aku tak tarik balik pun keputusan itu.... cuma aku rasa tak sedap hati jer apabila keputusan tsb dipertikaikan oleh bkn shj ibu bapa malah oleh staf aku sendiri.... sedih pun ada, huhuhu

mpmn said...

aku pun tak setuju juga dgn beb perkara yg tun mahathir lakukan. cuma aku nak tjk cth jiwa n skp seorg pemimpin. lantaklah staf setuju atau tdk. kau bos bkn dia org. jgn rasa tak sedap hati n mcm2 lg. sape nak komplen tgu kau org jd gb dulu. sesekali kena kasar sikit.

Anonymous said...

der MaГџgebliche Standpunkt, anziehend cialis generika cialis ohne rezept [url=http//t7-isis.org]viagra preis[/url]

Anonymous said...

Bravo, la idea brillante y es oportuno [url=http://csalamanca.com/tag/comprar-viagra/ ]comprar viagra online [/url] Absolutamente con Ud es conforme. Me gusta esta idea, por completo con Ud soy conforme. http://csalamanca.com/category/viagra/ comprar viagra online

Anonymous said...

A home away from home. (Any temporary place where one feels comfortable).