aku akan ke hospital KL esok bersama wife dan anakanda Nur Khalisah Nadhirah yg akan menjalani pembedahan di bahagian pahanya. Tulang di bahagian pangkal paha anak aku tu tidak berada pd kedudukannya yg betul sejak lahir lagi. Mudah2an pembedahan tsb berjaya sepenuhnya, amin!
kami mungkin berada di sana sehingga 29 Julai 2009.
19 comments :
semoga semua selamat sop...comelnya anak kau...aku terasa nak nimang anak kecik jugak...camana sop, lama dah aku tak manja manja dgn anak kecik ni...aku doakan semua selamat sop
mekasih sof...
nak anak kecik senang jer...;
makan lemang makan ketupat
tidur malam rapa-rapat...hehehe
satu cara lain kalau berani, tambah ler satu lagi....
semoga segalanya baik-baik belaka.
saya mendoakan pembedahan berjalan dengan lancar
nik awin,
Mekasih krn sudi mendoakan...
Cop,
Bila kau nak ke KL? Kalau ada kesempatan call aku. Semoga anak kau selamat menjalani pembedahan. Amin. TQ.
Sof, InsyAllah, berjalan lancar...
teja doakan semua selamat... selamat menjalani pembedahan dn juga selamat pergi dan pulang...
Dah besarnya Khalisah....rasanya baru semalam dia dlm ribaan i kan cop! Iyelah dah hampir lapan bulan usianya kini. I doakan moga pembedahan tersebut berjalan lancar dan khalisah cepat sihat kembali.
Salam utk wife u juga.
Ita,
Tengok anak orang ingat anak kita. Kalau rasa teringin nak menimang cahaya mata lagi, boleh lagi tu. Belajor pun dah habis. He he he... Gurau aje Ita.
faris,
aku sampai HKL hampir jam 11, buat urusan pendaftaran dan kemudian masuk wad. Aku ada call kau masa aku melepasi exit ke Kajang, saja la call, nak mintak izin tumpang lalu.... pastu kau call balik aku tak perasan ler pulak hp berbunyi, hehehe....
insyaAllah anak aku akan menjalani pembedahan lbh kurang jam 9 pg, mengambil masa antara 1 hingga 2 jam. Mudah2an semuanya berjalan lancar, amin!
mantan,
terima kasih di atas ingatan dan doa...
teja,
terima kasih di atas semua doa yg baik itu....
ita,
begitu cepat masa berlalu kan? Terima kasih di atas semua doa u...
semoga selamat......amin. permata adalah anugerah ilahi yang paling bermakna dalam hidup seseorang, walaupun kadang-kala ia tidak sesempurna insan yang lain tatpi itulah harta yang paling berharga bagi insan yang bergelar ibu dan ayah.
okie,
terima kasih di atas doa dan harapan...
kat hospital msh sempat lagi berblg. moga anak kau akan pulih spt sediakala.
siapa yg berhajat nak menimbang chy mata tu pikir2lah yo. mcm shbat aku teropong, kby tu
pirzan,
mekasih krn doa dan harapan. Selepas isyak tu aku singgah ler CC jap, jengah blog, nak tunggu anak pun tak boleh lelaki masuk wad selepas jam 10 mlm. Kena gi semula pada 18 Okt nanti utk operate lg...
Sop, saya doakan semuanya berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan.
ayahku,
mekasih, mudah2an saya jadi seorang yg penyabar dan bersyukur jugak....
Post a Comment