Wednesday, July 29, 2009

balik

lbh kurang jam 5.30 ptg smlm aku meninggalkan HKL utk balik rumah. 'Close-operation' tu tidak berjaya krn sebelum buat pun doktor pakar bedah melihat keadaan cantuman tulang paha itu tidak stabil. Apabila dibedah, sangkaan doktor itu benar dan doktor itu ingin utk mencuba kali kedua dan persiapan telah dibuat dan baby pun smlm telah mula berpuasa buat kali kedua tp wife cadangkan supaya ditangguhkan saja dan tunggu sehingga baby berumur setahun. Aku berbincang dgn doktor dan dia bersetuju. Kami akan buat 'open-operation' pd 19 Oktober 2009 nanti. Mudah2an berjaya sepenuhnya, amin!!!

17 comments :

Teja said...

ooo, tk jadi operate kali ke 2 la ye??? tkpe la, kesian baby tu kecik lg... sakit yg smlm pun blm ilang. Moga dia tmbah sihat...

Faris said...

Cop,
Kau yang macam tak sabar nak balik kot. He he he...

okie said...

salam.....tak ape la..lagi pun bby kecik lagi. kot-kot dah besar tulang tu baik sendiri. mane tau....semua Allah punya kuasa. berdoa selalu dan mohon petunjuk dan 'think positive'. selamat bertugas. caya la......

Kembara Kelana said...

alhamdullillah sop...

chehassan said...

Harap semuanya ok. Kesian anak2 diuji Allah sedari kecil.

cikguyusof said...

teja,
haah, tak jadi la, tunggu dia berumur setahun la, terus buat 'open-operation'....

cikguyusof said...

faris,
pandai ler kau, anak aku tu yg mcm teruja jer nak balik, dia kelihatan gembira dan langsung tak menangis di sepanjang perjalanan balik....

cikguyusof said...

okie,
waalaikumussalam, kita hanya sekadar berusaha utk kebaikan dan kesejahteraan anak2 apabila besar nanti dan takdir Allah SWT jugalah yg menentukan segala2nya.

cikguyusof said...

kembarakelana,
ye sof, mmg segala puji teruntuk hanya kepada Allah SWT....

cikguyusof said...

chehassan,
mekasih , mmg itu yg kita harapkan dan mmg kesian melihat keadaan anak yg sedemikian namun kita mesti menerima qadak-qadar dan berupa ujian jugak kepada kita sbg ibu bapa....

sazili said...

Saya juga bersetuju baby yang comel tu dioperate semula apabila berusia lebih kurang setahun supaya fizikal baby lebih bersedia. Insya Allah baby comel akan sembuh.

cikguyusof said...

cikgusazili,
terima kasih di atas harapan dan doa, mmg kita berharap dia akan membesar sepertimana kanak2 normal yg lain jugak, insyaAllah!

Teja said...

umo 1 thn ok le tu... baby pun dh besar sikit...

cikguyusof said...

haah teja, doktor pakar yg cadangkan supaya dilakukan pembedahan pd umur tsb.

ayahku said...

Buatlah keputusan terbaik untuk masa depan anak-anak kita. Semoga keputusan yang kita ambil itu menyebelahi anak kita. Saya doakan setiap keputusan yang sdr. Sop dan keluarga buatkan itu mendatangkan kebaikan sebenar kepada anak-anak. Amin.

cikguyusof said...

ayahku,

mekasih, mudah2an kebaikan juga yg akan kita perolehi, amin!

okie said...

betul....betul...betul...betul.....sesungguhnya apa yang kita hadapi di dunia ini semuanya atas ketentuan ILAHI. DIA YANG MAHA MENGETAHUI DAN MAHA MENCIPTA. keyakinan asas keimanan