Sunday, December 28, 2008

result semester 4

Penantian selama beberapa minggu telah berakhir apabila keputusan peperiksaan bagi fasa 7 & 8 aku terima petang semalam. Alhamdulillah, keputusan yg aku perolehi sungguh menggembirakan kerana aku menyangkakan bahawa PNGKnya akan menurun tetapi sebaliknya telah meningkat walaupun sedikit, alhamdulillah!!! Itulah keputusan peperiksaan yg terbaik pernah aku hasilkan sejak daripada bangku sekolah. Semoga kekawan yg lain jugak memperolehi keputusan yg membanggakan dan menggembirakan!

12 comments :

kembara kelana said...

tahniah sop labu, tukang sampok...kau memang layak dapat keputusan yang cemerlang...steady sop steady..jumpa masa konvo nanti..labu labu

chehassan said...

Tahniah Sop, hang memang boleh dan hebat. Kalau ini yang terbaik, jadikan permulaan untuk yang lebih baik.

yusofsipan said...

terima kasih, terima kasih, terima kasih sof dan chehassan, dan kebaikan untuk kalian jugak!

Anonymous said...

labu
aku macam teringin nak jumpa dan sembang dengan kau ler pulak..apasal rindu pulak kat kau ek? kalau kat orang parit besar tu tak ape ler jugak...ni dgn kau...nanti kalau aku balik aku akan tipon kau...semoga kau bahgia dan selamat maal hijrah buat kau....[ jangan lupa kirim salam kat cikgu pra kau tu...hahahaha]

Anonymous said...

Tahniah Yusof Sipan!!
Saya tau anda memang seorang Guru Besar yang istimewa..Semoga terus cemerlang dalam karier perguruan.

Anonymous said...

labi, aku malas la aku nak sampaikan salam kat cikgu pra tu, kalau kau nak menggatal, tolong jgn libatkan aku!

yati, mekasih, mudah2an kita sama2 cemerlang dlm karier perguruan.

Anonymous said...

usup aku tengah sedih ni,aku terpaksa ulang projek 3,kerana hantar lambat .itupun kerana disebabkan urusan pertukaran dan urusan pmr tempoh hari.projek aku hantar lewat,tapi masa tu mereka dah key in markah.apa nak buat aku kena konvo bln ogos.tak dapatla jumpa kekawan semua.wuuuaaaa, salah aku juga kerana mementingkan tugasan kerja daripada hal peribadi.aku sedihhhh.

Anonymous said...

Tahniahlah Usop kerana berjaya dengan cemerlang. Aku dah poskan result kau di blog kumpulan kita. Setakat ni baru 3 orang yang declare. Yang lain-lain tu, kalau dia orang beri aku akan pamerkan.
Aku punya result, masih ternanti2.
TK.

Anonymous said...

insan malang, sori aku lambat respon, maklum ler tgh sibuk dgn urusan sekolah...aku tumpang sedih dgn nasib menimpa kau, apakan daya kita.... itulah ketentuan dan takdir. Bersabar laa....moga ia menjadi pengajaran dlm kita mengharungi kehidupan yg sementara di dunia ini.

faris, aku sokong kau pamerkan result tu, bukannya apa2, jauh sekali drp tujuan menunjuk2... pd aku ia hanyalah sekadar luahan kegembiraan setelah 2/3 tahun kita sama2 mengharungi suka duka di IAB dan UPSI. Bagi yg tak setuju tak pe laa, takkan nak dipaksa pulak kan?

Anonymous said...

usup, aku dapat 3A dan 2B, tapi malangnya projek dapat F.salah aku juga kerana hantar lambat.itupun kerana kesibukkan tugas2 aku terima.mungkin takdir aku konvo bln lapan.kalau lihat dari rekod2 yg lepas markah aku 3.5 keatas.aku dah jadi malas dah,kalau tak konvo pun tak apa.

Anonymous said...

jangan ler mcm tu insan malang, jgn berputus asa, teruskan perjuangan yg sudah hampir benar ke penghujungnya itu... kuatkan semangat dan tekad serta berdoa. Kami iringi dgn doa....

Anonymous said...

insan yang malang,
aku cukup simpati dengan kau.Tujuan kita ialah supaya dapat konvo bersama-sama.kuatkan semangat.