Sunday, November 01, 2009

sekadar ingatan dan penghargaan


Jumaat lepas, dlm mesyuarat pengurusan kurikulum, kami diminta mencadangkan kategori anugerah akademik yg akan disampaikan dlm perhimpuanan bulanan akan datang selain drp kategori yg sedia ada. Apabila ada seorang yg mencadangkan supaya diberikan anugerah kpd gb/pengetua yg telah disebut oleh timbalan pengarah sbg terbaik dlm menyediakan rekod mengajar, aku terfikirlah pulak utk mencadangkan agar diberikan anugerah kpd gb yg telah berjaya memiliki ijazah. Ianya boleh dijadikan motivasi bkn sahaja kpd yg lain tetapi kepada gb itu sendiri agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan cemerlang lagi. Namun, cadangan tersebut hanya berlegar2 di mindaku sahaja kerana terasa seolah-olah aku mencadangkan agar diri sendiri yang diberi anugerah.


Program pensiswazahan gb adalah perjuangan MGB terdahulu dan apa salahnya kalau tidak di pentas PPD pun, MGB sendiri mengambil inisiatif utk memberi sedikit penghargaan kpd ahli2nya yg telah berjaya memperolehi ijazah dgn penuh pengorbanan dan susah payah. Bukanlah dengan tujuan utk menunjuk2 atau bermegah2, hanya sekadar ingatan dan meraikan kejayaan kawan-kawan.


Aku percaya bahawa semua gb terlibat tidak mengharapkan penghargaan itu kerana segala jerih perih mereka belajar dlm usia menghampiri senja itu telah pun terasa terbayar apabila dapat menamatkan pengajian dan seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah.


Rasa2nya sesuai ke aku kemukakan cadangan tersebut….???

16 comments :

Anonymous said...

perlu dan sgt seswai... ni je cara utk motivet guru/GB atau sesape je utk sambung blaja dlm pd masa yg trs brkhidmat dgn cemerlang...

aku nak juge.. hehe

yusofsipan said...

salam Teja,

haah, mmg itulah di antara rasionalnye.... mekasih

cgany said...

aku sokong pandangan ko tu cop.

yusofsipan said...

salam Anas,

mekasih krn menyokong....

Faris said...

La, dah masuk gambar YB pulak. Makin hensemlah pulak. Berwajah manis lagi blog ko ni Cop. Banyak kemajuannya. He he he...
Yang penting gambar aku ada Cop...

kembara kelana said...

kau belakang aku, bila bergambar kau tak panggil aku...tak patut tak patut

jon said...

begitulah kehebatan yusof sipan. semua dah kenal dan tau. tahniah blog kau memang cantik cop...

Aida Ali said...

Kita rasa cadangan tu baik tapi mesti ada yang tak berkenan, so baiklah tak payah cadangkan.

yusofsipan said...

wei faris, ko tak beri pun pendapat ko ttg cadangan aku tu.... psl gambar pulak yg ko sebut2, ko tu dah cukup hensem la, ko ngayat sikit jer semua org tergoda, hehehe....

yusofsipan said...

sof, bkn ko jer yg aku tak panggil, ramai lg, kelam kabut tol la masa tu, dgn hujan dan ributnya....

yusofsipan said...

eleh jon.... bermanis mulut ko yer, anyway mekasih atas puji2an ko tu, hehehe....

yusofsipan said...

salam cikgu Aida,
biase ler tu kalau tak semua orang bersetuju dgn kita....

jon said...

selalunya dalam kelas kau berani beri cadangan.sejak bila kau dah jadi rendah diri cop. tu kan idea kau. kau bagi lah..

Faris said...

Cop,
Aku suka lihat penampilan blog dan sebab tu aku tak komen pendapat ko ni. Sekurang2nya ko anak murid aku yang bergerak seiring dengan tok gurunya.
Tentang pendapat ko tu, selagi dunia pendidikan ini dipenuhi dengan hasad dengki dan iri hati selagi itulah sukar untuk kita memajukan pendidikan. Tak boleh lihat orang lain lebih sikit dah mula nak cantas. Well, itu pendapat ringkas. Nak lebih padat kena berdebat Cop.

yusofsipan said...

jon,
ade beza sikit la dlm hal ini.... aku kena berhati2 dlm memberi pendapat dan cadangan jgn sampai ade yg persepsinye negatif.... selagi terdaya kita harus memikirkan approach yg sesuai jika ingin idea kita diterima ramai, betol tak? hehehe

yusofsipan said...

faris,
mcm2 ler pulak ke yer, mane boleh dpt template yg cantik2?, template ni msh lom muktamad lagi....hehe

betol kata ko tu faris, terutama pemberian anugerah yg berdasarkan kepada penilaian prestasi, ianya terlalu subjektif la!