Monday, November 23, 2009
prihatin
Pagi tadi, sepasang suami isteri berjumpa aku mengadu hal ttg markah anak bongsunya yg mungkin tersalah catat. Daripada markah yg terdapat pd kertas jawapan tercatat 88% tapi di slip keputusan akhir tahun tercatat hanya 10%. Terpaksalah aku menyemak buku rekod mengajar guru matematik dan juga buku analisis peperiksaan akhir tahun dan memang betul berlaku kesilapan ketika key-in markah. Aku minta maaf pd mereka dan berjanji akan selesaikan perkara itu segara dan slip keputusan baru akan dikeluarkan. Alhamdulillah, masih ada ibu bapa yg begitu prihatin dgn pencapaian akademik anak2 mereka!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
16 comments :
orang ramai adalah hakim kepada kerja kita sop....lagi ramai orang lagi banyak hakim yang akan menghakimi kita...da tuhan adalah sebaik baik hakim
88 jadi 10, memanglah diorang perasan. Masalahnya bila anak tak buat kerja sekolah, tak datang kelas tambahan cikgu je yang sibuk-sibuk. Sikit sangat ibu bapa yang prihatin
benar sof, tidak ada yg tidak benar melainkan benar belaka....
tak balik muO ke raya nt sof?
cikgu aida,
biase ler tu.... lbh2 lg di sekolah kampung!
Cop,
Orang kampung pun dah cerdik. Bukannya macam orang kampung dulu2. Org kampung pun ada yang dah ada degree dan lain2. Berhati2 Cop.
haah faris mmg ramai dah cerdik pandai kat kampung, yg bijak bercakap jer pun lg ramai....hehehe
pastu pantang nampak mcm silap pd pandangan mata mereka, terus komplen!
bab komplen ni perkara biasalah. itulah kehebatan manusia. berbeza pendapat, berbeza cita rasa, berbeza skil dll. kalau sama je mcm malaikat le pulak. mana ada manusia yg 100% perfect.
bkn kg je yg ramai cerdik pandai, malahan org asli pun ramai yg cerdik skrg dan terlajak cerdik pun ada.
salam cikgu,
saya cuma guru kecil-kecil je...
kalau parents datang dengan baik, pasti guru akan terima dengan tangan terbuka tapi ada yang datang marah-marah, masa nilah kami perlukan backup dari GB
tahniah dari saya untuk sekolah cikgu...
pirzan,
mmg tak salah berbeza pendapat tp kalau terajin sgt ler pulak nak komplen jer, masalah jugak, mcm berasa org buat semua tak betol...dan silap2 terperangkap dgn sikap suka mencari salah dan silap orang!
salam cikgu izakhairi
mekasih krn sudi menjengah dan memberi komen di blog ini, mekasih daun keladi ye....
gandingan mantap semua warga sekolah memungkinkan pencapaian cemerlang dlm semua lapangan yg diusahakan, insyaAllah!
Cop,
Ko dah tak melayan rasa lagi ke??? Blog name dah tukar YBS ni.... Jadi2lah melayan rasa ko tu. Berpijak ajelah di bumi nyata. Jangan duduk di atas kayangan aje.
Sekarang ni kita disuruh buat Kaunter Aduan, Hari Bertemu Pelanggan bla bla... Penat kita! Ada juga cikgu-cikgu kita yang akan meninggalkan kelas dek melayan aduan pelanggan-pelanggan ni.
Cikgu Aida,
Kalau nak diikutkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA), memang macam2 kita perlu buat. Dari segi layanan, aduan, perkhidmatan kaunter, perkhidmatan telefon dan bermacam2 lagilah. Pendek kata kerja hakiki tak boleh nak buat.
Kalau dia orang tanya kenapa tak buat, cakap aje tak ada sumber manusia. Macam PTD buat, tak ada sumber manusia dia tak buat. Kita ni aje cikgu2, sanggup buat apa saja untuk menjayakannya dan dek kerana itu kita sebagai cikgu ni dipandang sebelah mata aje.
Sorry Cop kerana berdialog dalam blog ko. He he he...
faris,
mana pulak aku tak layan rasa lagi, ko tengok ler betol2, di bawah perkataan ybs tu kan ada frasa melayan rasa.... layan tetap layan faris!!! hehehe
Cikgu Aida,
haah, mcm2 kena buat kan.... saya yang menurut perintah la katakan....
faris lagi,
aku setuju sgt dgn apa yg ko katakan tu cuma..... bole ke kita protes???
eh takde langsung masalah ko nak berdialog kat sini, lagi ler aku suka krn memeriahkan blog aku, hehehe....
ko balik bkt kepong ke raya korban ni?
Post a Comment