Thursday, November 26, 2009

menu raya

sepertimana raya puasa yg lepas, aku cadang nak rebus ketupat plastik segera jer tp wife dah awal2 plan dgn anak2 utk buat ketupat daun kelapa, layan jer la....
so ptg smlm aku dah beli daun ketupat tp bila aku balik mlm td msh lom beranyam lagi, maknanya apa? Aku jugak ler yg kena buatnye.....huhu
lepas subuh tadi aku anyam sikit, baru dpt lbh kurang 10 biji, nantilah ptg sambung lagi.... Anak2 sekarang tahunye nak senang jer, beberapa kali gagal terus taknak belajar lg nganyam ketupat! Mereka kata makanan2 tradisional ni susahlah nak menyediakannye..... ditambah pulak sekarang ni berlambak ketupat segera maka semakin malas ler!

seingat aku, semasa di sekolah rendah lagi aku dah pandai nganyam ketupat dan berkekalan hingga sekarang..... cuma kuih tradisional yg aku taklarat nak buat hingga kini ialah dodol.... sejak dulu aku anggap 'mengacau dodol' adalah terlalu menyiksakan!!!

14 comments :

zaijb said...

salam ybs,

wahhhh pandai nyeee menganyam... nanti zai order je lahhh... boleh tak?

Anonymous said...

whoaaa... suspek tul teja bila dpt tau ybs pandai anyam ketupat, dh siap nnt roger teja erk, cni ade 2 ikat lom anyam lg nk mntak tlg ybs anyamkn... nk suh zaijb klu dia tau anyam.... hehehe

yusofsipan said...

salam zaijb,

takler pandai sangat tp kan dah jadi anak johor, malu jugak ah kalau sampai tak pandai menganyak ketupat....

nt sy hantar yg dah siap masak berserta lauk, senang, tinggal makan jer! hehe

yusofsipan said...

teja,
sy pun yakin sgt yg teja pun mesti pandai menganyam kan....antor ler cepat yg 2 ikat tu ke sini, biar sy tolong anyamkan! nak suruh zaijb anyamkan bole jugak tp kena diajar dulu ler, huhu

mantan said...

ybs,
anyam je lah.
Semalam nak beli daun ketupat di pasar. Ada tapi tak jual. Kata tuan kedai, nak dianyam, kemudian jual yg dah siap.
Harga sebiji 30 sen. Yang tukang anyam kata, daun kelapa pun dia beli, 20 sen sehelai.

Pagi tadi saya pergilah kat rumah lama tempat saya tinggal dulu. Adalah nampak pucuk kelapa. Panjat je. Nasib baik pokoknya tak tinggi. Dapatlah daun kelapanye selepas "bergaduh" dengan kerengga.

Siapa yang nak anyam? Saya sendirilah yang anyam. Yang lain, belum pandi-pandai lagi.

Ketupt "plstik" tu memng beli juga. Tapi tu taklah dianggap ketupat, tapi nasi impit je. Nak ketupat juga.

Saya buat ketupat guna beras pulut dan dimasak dengan santan. Masak hingga santannya kering. Fuh! enaknya ketupat pulut. Lebih sedap drpd. lemang lagi, suf.

yusofsipan said...

mantan,
ketupat sy dah siap anyam, wife dan sorang dua anak dah pandai anyam.... balik tgh hari tengok pokok kepala gading depan rumah, ada daun yg muda dan cuba ambil, tak perlu panjat, boleh dicapai tangan dan bila dianyam saiznya lbh kurang dgn ketupat plastik, kira ok ler tu. Thn lepas msh lom boleh, pendek daunnya.

sy tak pernah guna pulut, guna beras jer, kalau guna pulut bungkus dgn daun palas, wife pandai jugak buat tp anak2 tak suka makan, mereka nak ketupat daun kelapa jugak! hehehe.... dasar anak jawa!

WR said...

Selamat hari raya Korban.
Orang kelantan buat ketupat pulut je la.. kena pandai anyam jugak

yusofsipan said...

selamat berkorban wan....

anyam jgn tak anyam tp kalau nak rebus jugak ketupat plastik tu rebus ler....hehehe

zaijb said...

lama lagi nak balik keje nie...
huhu... memang sy tak reti nak anyam ketupat...
ingat nak cuba buat lee tp gerenti emak dah siap buat hehe...
so makan aje lahhh haha...

yusofsipan said...

eleh zai, mmg biasenye awak tu reti makan jer kan kan kan....hehehe

jon said...

cop, kau boleh ambil sub siapkan sarung ketupat...selamat raye cop..

Anonymous said...

ybs, anyam tu boleh la jugak sikit2 tp bila tkde kaki nk melayan ni baek ketupat segera je la... lg senang, hehehe....

yusofsipan said...

teja,
yg di sini boleh melayan pe....hehehe

kat melaka pun kan banyak jual lemang, beli jer la!

Anonymous said...

lemang pun ade... tp tk best mkn lemang je... nk ketupat gaks