Friday, April 24, 2009

ikan dan takungan

Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. ......
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...... anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya...

11 comments :

za said...

jika begitu, jgn lepaskn aku... hehe

abg said...

walau bergaung tanah nan rata
walau melata gunung nan tinggi
walau melaut padang nan jarak
za tetap pujaan hati...

za said...

adoiiyai... rase mcm di awang2an bila ku baca ayatmu yg power!!! trlebeh tongkat ali ke tu??? hehe

Faris said...

Sop,
Timbul persoalan di benak fikiran aku. Betulkah apa yang kau coretkan? Adakah cuaca buruk yang kau tulis akan menjadi ribut taufan dengan petir sabung menyabung. Apa-apa pun aku harap asal kau bahagia dengan apa yang kau lakukan. Berhati2 mengharungi liku2 kehidupan yang penuh berduri dan mencabar. Walau pun dah memegang status datuk, jangan sampai alpa diri. Eh... eh... aku nk mcm jadi penasihat pulak. Sorrylah Cop.....

cikguyusof said...

ye la faris, aku akan sentiasa berhati-hati 'di jalanraya'.... mekasih di atas ingatan & nasihat, sesuai ler tu sbg sahabat....

za said...

hehe, sonok rupenye buat semua org berteka-teki.... teruskan usaha ckgu!!!

teropong said...

hai lain macam bunyinya...
apakah yg ku sangka selama ini menjadi benar? cempedak menjadi nangka.

kalau tak ada apa2 halangan teruskan,tapi jangan jadi ikan dalam belanga panas,menggelepar keseekoran. hehehehehehh....!!!!???

hai 'za and abg' terkilat ikan di air aku sudah tahu jantannya betinanya.

za said...

mornen semua... haittt, adekah aku telah digosipkan dgn 'abg' itu???... jgnlah kamu menabur fitnah wahai teropong ajaib, kerana sesungguhnya fitnah itu dosa....

Juita said...

xpaham lew saya cikgu. ape kebende nyer nim. yg sy paham.. blog cikgu da masin cantik arr.. tahniah wajah baru blog..

cikguyusof said...

woi teropong, banyak ler kau tahu jantan betina, nak jadi Nujum Pak Belalang ler pulak kau ye... betul kata si za tu, jgnlah kau cuba menabur fitnah pulak, kerana sesungguhnya fitnah itu dosa....

cikguyusof said...

juita, tak faham takpe, org tua2 ni kekadang suka merapu gak, hehehe

Mekasih juita, ada kekawan yg ajak join MIB (sebenarnya BIB... blog in black.....hehehe) layan jer la...