Tuesday, December 02, 2008

presmark

Semalam aku menghadiri taklimat prestasi menggunakan program baru, PRESMARK. Presmark ialah singkatan bagi Program Pengurusan Markah Prestasi. Untuk digunapakai oleh Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah serta Panel PPD. Membantu pihak pengurusan mengurus, memproses dan menyimpan data prestasi tahunan untuk pelbagai tujuan. Berfungsi sebagai pengkalan data markah prestasi.

3 comments :

mantan said...

Cikgu Yusof,

Dengan PRESMARK, tentu kerja menilai semakin mudah dan kemas.

Apapun, pada pendapat saya, dalam membuat penilaian prestasi yang paling penting ialah komponen "manusia"nya itu. Sama ada yang dinilai maupun yang menilai.

Diharap PRESMARK tidak menimbulkan masalah.

WR said...

Apa bezanya PRESMARK ni dengan kaedah lama? Ini untuk penilai saja ke? yang dinilai tetap guna borang lama tu? atau macam mana?

yusofsipan said...

cikgu wahab dan cikgu waruna,
Presmark tu hanya untuk menguruskan markah prestasi oleh panel penilai. Borang laporan nilai prestasi yg lama tu masih digunakan. Program ini memudahkan kerja2 panel penilai dan rasa2nya tak akan menimbulkan masalah.