ini yg akan makan utk mlm ni.... sesenduk nasi, sayur sawi jepun goreng, sebiji telur, 3 ketul kecil ayam goreng, semangkuk kecil sup kambing, 2 hiris betik, sepotong kuih dan sepiring kecil rojak buah..... banyak jugak tu!, hingga sendat perot aku dibuatnya, hehehe......
Wednesday, March 31, 2010
makan malam
ini yg akan makan utk mlm ni.... sesenduk nasi, sayur sawi jepun goreng, sebiji telur, 3 ketul kecil ayam goreng, semangkuk kecil sup kambing, 2 hiris betik, sepotong kuih dan sepiring kecil rojak buah..... banyak jugak tu!, hingga sendat perot aku dibuatnya, hehehe......
hari ketiga
Tuesday, March 30, 2010
hari kedua



sarapan jam 7, buah belimbing+jambu batu, nasi goreng+mee hoon, bubur, air oren.....tak banyak pilihan! aku dimasukkan dlm kumpulan 1, membuat penilaian teknikal, best, lbh mudah drp penilaian kewangan.... tp sehingga sekarang (9.50 pg) keje msh lom boleh dimulakan krn dokumen tsb msh di putrajaya, tertinggal!!! mcm mane ler bebudak ni buat keje..... sementara menunggu, layan ler blog, hehe.....
hari pertama
Friday, March 26, 2010
mesyuarat penilaian teknikal dan kewangan
sebenarnya, ini adalah kali kedua aku terlibat....
Cara buat blog percuma
Daftar di Blogspot
Untuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot.
Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
- Buat satu akaun Google. Isikan borang yang diberi dengan maklumat-maklumat yang berkenaan. Setelah siap, tekan butang “Continue”.

(klik imej untuk besarkan) - Namakan blog anda. Berikan nama bagi blog anda. Jangan risau kerana nama ini boleh diubah di kemudian hari jika anda mahu. Apa yang penting adalah tentukan alamat URL bagi blog tersebut. Alamat inilah yang akan ditaip pada Internet Explorer untuk pergi ke blog anda. Alamat URL ini akan kekal, dan tak boleh diubah lagi selepas ini.

(klik imej untuk besarkan) - Pilih template. Pilih mana-mana template, iaitu rupa bagi blog anda. Template ini juga boleh diubah pada bila-bila masa.

(klik imej untuk besarkan)
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina:
Mulakan Menulis!
Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.

Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.

Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan?
Ubahsuai Rupa Blog Anda
Dalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”

Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan elemen baru pada sidebar anda. Klik “Edit” pada mana-mana elemen untuk mengubahsuai bahagian tersebut. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.

Contoh sidebar yang dihasilkan:
Ok, Sampai di Sini Dulu
Saya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot andaThursday, March 25, 2010
mesyuarat agung pibg
mudah2an ajk pibg yg baru akan dpt berperanan dgn berkesan!
Wednesday, March 24, 2010
egtukar
pg td pt aku terima call drp ppd meminta aku segera datang kerana ada taklimat mengenai eGTukar yg disampaikan oleh pegawai drp jpn. aku bergegas pegi dan keluar dari pejabat pada jam 8.40, mesyuarat telah bermula sejak jam 8 pg dan aku sampai tepat jam 9 pg. bagaimana boleh berlaku mcm ni? drp refleksi, jelas bahawa kesilapan berpunca drp aku sendiri dan juga staf pejabat aku. seperti biasa pagi2 aku buka portal ppd utk melihat makluman dan berita2 terkini tp masa itu makluman mengenai taklimat tsb msh belum dibuat. jam lbh kurang 10 pg aku telah meninggalkan sekolah utk hadiri taklimat plan 50. pd waktu petang aku sibuk dgn urusan lain hingga tidak menjengah ke portal ppd, inilah silapnya!!! pg esoknye pulak, portal tidak boleh dibuka..... aku berasa agak sedih kerana dalam pada aku sentiasa cuba utk peka dgn makluman2 terkini yg dibuat secara online namun msh jugak berlaku terlepas pandang..... sebagai ikhtibar nih!
Tuesday, March 23, 2010
plan 50
majlis diakhiri dgn jamuan makan tengah hari, makan jgn tak makan....hehe
Sunday, March 21, 2010
berkelah
biasenye jika kami ke situ kami akan cari 'kijing' tp kali ini tak banyak yg kami perolehi. lumpur separuh keras yg dulu banyak terdapat di tepi pantai telah tinggal sedikit jer maka 'kijing' pun hanya tinggal sedikit kerana kehilangan tempat membiaknye. kalau dulu boleh dpt sehingga 5 kilo tp smlm tak sampai sekilo pun! sempat jugak kami mencari siput sedut dan dapat ler dlm sekilo.... bole ler buat lauk! hehehe....
Thursday, March 18, 2010
mcm taknak bagi
ketika pengisian yg pertama dulu, ade pegawai di ppd kata yg sedang belajo tak perlu ler isi tp kalau nak isi pon bole tak isi pon bole, maknanya apa? maknanya setakat ngisi borang jer laa...... dan kerana itu semua gb yg sambung belajar tidak merasa kecuali seorang. Mungkin dia isi borang sebelum diterima sambung belajar. semalam aku terima sms; SEGERA! Mohon tuan panjangkan kpd gb dga34 zon @ jagaan tuan yg layak mohon dga38, rujuk web ppd muar. isikan borang dan hantar bersama dokumen berkaitan ke ppd muar sebelum jam 3.00 ptg ini, rabu 17 mac 2010, u.p hj akabal. Pg khamis jam 8 pg dibawa mesy peringkat negeri. Sila panjangkan. Tkasih
kenapa tergesa2???? mcm taknak bagi jer......!!!! mula ler aku rasa mcm2......
malas laa aku nak fikir......!!!!!
Wednesday, March 17, 2010
sebaceous cyst
aku akan menjalani minor operation esok pagi utk membuang sebaceous cyst yg tumbuh di belakang badan bawah bahu tp smlm hospital telefon beritahu ditunda pd 20 Mei 2010 krn bilik pembedahan mengalami masalah kerosakan sistem hawa dinginnya. mcm2 hal.....sejak pembedahan yg pertama dulu tu, aku dah tak bape gementar utk dibedah lagi..... hehehe
Tuesday, March 16, 2010
gpk koko baru
terfikir jugak utk berunding dgn ppd supaya dia mengambil alih jawatan GPK HEM yg akan kosong mulai 19 Mac 2010 tp beliau agak keberatan krn tidak pernah membuat kerja2 HEM dan tempoh perkhidmatan pun hanya tinggal lbh kurang dua tahun saja lagi.
selamat datang Pn Mardiana!
Monday, March 15, 2010
rombongan mgb
member rapat aku dlm mgb ajak aku join rombongan ke kelantan & terengganu pada 2 hingga 5 April 2010. dulu2 pun dia penah ajak aku tapi aku penah kata, 'drp aku pegi jalan2 makan angin lbh baik aku pegi kursus.....!!!', hehehe..... namun ntah kenapa lembut pulak hati aku kali ini, program lawatan ini sebenarnya adalah utk meraikan gb2 yg telah bersara thn lepas dan akan bersara dlm setahun dua ini tp ramai yg tak mahu ikut serta, kenapa ek mereka tak nak join???so geng di kelantan dan terengganu, insyaAllah, aku akan ke sana nanti!!!
Wednesday, March 10, 2010
golf cart
Tuesday, March 09, 2010
berkursus
demikian ler kursus2 anjuran IAB yg telah aku pohon secara online. Kursus yg terakhir dlm senarai di atas; IAB103B19 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PEJABAT - IAB INDUK pada 23/11/2010 - 26/11/2010 telah kucadangkan supaya semua geng ppgb5upsi memohonnya, dapat ler bertemu dan berkumpul semula!khas kepada geng ppgb5upsi, sila bertindak segera, mohon ler secara online sekarang jugak!!!, hehe....
Monday, March 08, 2010
meninggal dunia
alfatehah!




