Sunday, November 29, 2009

Friday, November 27, 2009

pengorbanan

bersempena dgn hariraya qurban hari ini, marilah kita sama2 menghayati buat sekian kalinya erti pengorbanan yg sebenarnya, jgn lembu sahaja yg sanggup berkorban nyawa.....!!!

Thursday, November 26, 2009

menu raya

sepertimana raya puasa yg lepas, aku cadang nak rebus ketupat plastik segera jer tp wife dah awal2 plan dgn anak2 utk buat ketupat daun kelapa, layan jer la....
so ptg smlm aku dah beli daun ketupat tp bila aku balik mlm td msh lom beranyam lagi, maknanya apa? Aku jugak ler yg kena buatnye.....huhu
lepas subuh tadi aku anyam sikit, baru dpt lbh kurang 10 biji, nantilah ptg sambung lagi.... Anak2 sekarang tahunye nak senang jer, beberapa kali gagal terus taknak belajar lg nganyam ketupat! Mereka kata makanan2 tradisional ni susahlah nak menyediakannye..... ditambah pulak sekarang ni berlambak ketupat segera maka semakin malas ler!

seingat aku, semasa di sekolah rendah lagi aku dah pandai nganyam ketupat dan berkekalan hingga sekarang..... cuma kuih tradisional yg aku taklarat nak buat hingga kini ialah dodol.... sejak dulu aku anggap 'mengacau dodol' adalah terlalu menyiksakan!!!

Tuesday, November 24, 2009

selamat hari raya korban

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah berkata, "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi,"


p/s; sesapa yg berminat dgn skrip popular di atas tu, kopipes ler, hehehe....

Monday, November 23, 2009

prihatin

Pagi tadi, sepasang suami isteri berjumpa aku mengadu hal ttg markah anak bongsunya yg mungkin tersalah catat. Daripada markah yg terdapat pd kertas jawapan tercatat 88% tapi di slip keputusan akhir tahun tercatat hanya 10%. Terpaksalah aku menyemak buku rekod mengajar guru matematik dan juga buku analisis peperiksaan akhir tahun dan memang betul berlaku kesilapan ketika key-in markah. Aku minta maaf pd mereka dan berjanji akan selesaikan perkara itu segara dan slip keputusan baru akan dikeluarkan. Alhamdulillah, masih ada ibu bapa yg begitu prihatin dgn pencapaian akademik anak2 mereka!

Saturday, November 21, 2009

apresiasi utk guru


pagi ini, bertempat di dewan SJKC Chian Kuo, Bkt Gambir diadakan majlis penghargaan terhadap semua guru tahun enam sekolah2 rendah daerah Muar. Aku wakilkan GPK Koko kerana badanku berasa kurang sihat, rehat2 saja di rumah....

Thursday, November 19, 2009

keputusan upsr

pagi ni aku ke ppd utk ambil keputusan upsr 2009, alhamdulillah peratus keseluruhan meningkat sebanyak 22.4%. Tahniah khasnya kepada semua guru tahun 6.

Wednesday, November 18, 2009

kenduri

sementara menunggu kawan datang jemput utk pergi meeting, aku layan ler murid2 thn satu nih, mereka dtg awal ke sekolah dan berjalan2 ke sana ke mari di dlm kawasan sekolah dgn riang gembiranya, seronok jadi bebudak kan.....!!!

aku bermesyuarat di sini......

dan dijemput sekali utk makan2.....

jamuan bermula jam 11.30 pg dan ini adalah antara para jemputannya.

Sunday, November 15, 2009

konvo wife

aku berada di kl sejak tgh hari smlm krn menemankan isteri yg akan menerima ijazahnya pd ptg ini. Tahniah sayang!

Friday, November 13, 2009

anugerah kecemerlangan

pagi ini, sekolah aku mengadakan majlis anugerah kecemerlangan dan konvokesyen prasekolah....

Thursday, November 12, 2009

parut

selepas seminggu, inilah rupanya parut luka pembedahan lipoma tu.... (panjang luka jahitan tu ialah lbh kurang 13 cm)

teringat ler pulak aku sehari sebelum operation, ketika solat magrib di surau, seorang pak aji berkata, "kalau tak sakit buat apa nak dibedah, tak takut ke? eeeei....kalau saya tak berani ler.... (aku buat muka seposen jer, tersengih2......)

dan suatu hari, ketika buat dressing di klinik, seorang pekerja menegur, "alamak! kena parang ke?"

Monday, November 09, 2009

cuti sakit

kesan sakit drp pembedahan telah tiada lagi begitu jugak dgn kesan ubat bius. Rupa2nya kesan ubat bius tu teruk jugak, aku mengalami sakit perut yg amat sgt sebanyak dua kali, semua sistem dlm perut aku telah terganggu, alhamdulillah dah sihat sekarang cuma msh perlu banyak berehat, hehehe.... rehat jgn tak rehat!

Friday, November 06, 2009

operation

aku masuk wad pd hari rabu lepas dan pagi semalam dibedah utk membuang lipoma di belakang badan sebelah kiri berhampiran dgn ketiak. Ini adalah kali pertama aku masuk hospital dan menjalani pembedahan....alhamdulillah selamat dan hari ni dah balik!

Tuesday, November 03, 2009

apa yg telah kulakukan?


Aku berada di sini sejak Mac 2004 dan lbh kurang setahun selepas itu aku bercuti selama setahun krn mengikuti kursus npqh di iab induk dan seterusnya selama dua thn pula di upsi. Banyak jugak perkara yg terfikir namun tiada kesempatan utk melaksanakannya di sekolah.

Tahun 2009 hampir melabuhkan tirainya dan sekolahku di kejauhan, sayu aku melihatnya….

Sunday, November 01, 2009

sekadar ingatan dan penghargaan


Jumaat lepas, dlm mesyuarat pengurusan kurikulum, kami diminta mencadangkan kategori anugerah akademik yg akan disampaikan dlm perhimpuanan bulanan akan datang selain drp kategori yg sedia ada. Apabila ada seorang yg mencadangkan supaya diberikan anugerah kpd gb/pengetua yg telah disebut oleh timbalan pengarah sbg terbaik dlm menyediakan rekod mengajar, aku terfikirlah pulak utk mencadangkan agar diberikan anugerah kpd gb yg telah berjaya memiliki ijazah. Ianya boleh dijadikan motivasi bkn sahaja kpd yg lain tetapi kepada gb itu sendiri agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan dan cemerlang lagi. Namun, cadangan tersebut hanya berlegar2 di mindaku sahaja kerana terasa seolah-olah aku mencadangkan agar diri sendiri yang diberi anugerah.


Program pensiswazahan gb adalah perjuangan MGB terdahulu dan apa salahnya kalau tidak di pentas PPD pun, MGB sendiri mengambil inisiatif utk memberi sedikit penghargaan kpd ahli2nya yg telah berjaya memperolehi ijazah dgn penuh pengorbanan dan susah payah. Bukanlah dengan tujuan utk menunjuk2 atau bermegah2, hanya sekadar ingatan dan meraikan kejayaan kawan-kawan.


Aku percaya bahawa semua gb terlibat tidak mengharapkan penghargaan itu kerana segala jerih perih mereka belajar dlm usia menghampiri senja itu telah pun terasa terbayar apabila dapat menamatkan pengajian dan seterusnya berjaya menggenggam segulung ijazah.


Rasa2nya sesuai ke aku kemukakan cadangan tersebut….???