Tuesday, April 28, 2009

burung


Buat kali keduanya jenis burung yg sama buat sarang di pokok depan rumah dan semalam dah pun bertelur sebiji.... Yang dulu bertelur dua biji dan sehingga menetas. Apabila anak2nya dah tumbuh bulu, satu hari tu ghaib entah ke mana dgn sarang2nye sekali. Kali kedua ni, burung jenis yg sama ni buat sarang di tempat yg sama. Anak pompuan bongsu aku tanya; "nape dia suka buat sarang kat situ papa?" Alamak! aku nak jawab apa ek? "Ntah ler dik, mungkin sbb dia suka ler kat pokok tu...."
Hehehe, tak tahu aku nak menjawabnya dgn tepat sbb aku takde jawapannye....

Monday, April 27, 2009

pikom pc fair


PIKOM pc fair tsb telah diadakan di muar dari 24-26 April. Berkekesempatan jugak la aku melihatnya dan ianya merupakan kali yg pertama aku. Keadaan tempat yg sempit dan ditambah pula dgn pengunjung yg begitu ramai telah menjadikan urusan utk bertanya/berunding sgt tidak selesa. Sempat jugak melihat harga beberapa item tapi kelihatan hampir sama dgn di kedai biasa. Hajat hati nak berkunjung ke setiap gerai terbantut, dipendekkan masa dan terus keluar tanpa membeli apa2 pun!

Saturday, April 25, 2009

berkongsi

Hari ini entah mcm mane dan tidak disangka2 aku berkongsi cerita dan pengalaman dgn seseorang yg hatinye pernah terluka... Banyak jugak cerita ttg diri dan kehidupan aku yg telah dpt diketahuinye. Tidak menjadi masalah pd aku utk menceritakannye cuma aku bimbang juga mungkin ada yg akan terluka atau ada hati yg semakin membuak rasa bencinye.

Aku sedar dan insaf akan kelemahanku sebagai seorang insan dan aku tidak berdaya untuk memastikan yg sesiapa tidak akan membenciku!

Friday, April 24, 2009

ikan dan takungan

Jika kamu memancing ikan.....
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... .
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja......
Kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat... ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh......cukuplah sekadar keperluanmu. ......
Apabila sekali ia retak......tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.......
Akhirnya ia dibuang..... .
Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya.... .
Janganlah kamu terlalu mengkaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...... anggaplah ia manusia biasa.
Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya...

Thursday, April 23, 2009

cuaca buruk

kami dilanda cuaca buruk sepanjang berada di iab, genting. Di samping keadaannye yg agak sejuk, hujan ribut pulak sering berlaku terutamanya pd waktu malam..... Balik ke rumah selepas tamat kursus, rupa2nya ada ribut.... sedangkan lidah lagi tergigit kan..... tol tak tuan/puan!

Wednesday, April 22, 2009

yahoo balik!!!


alhamdulillah, kursus berakhir hari ini....

ke rumah pirzan




aku, zul dan che hassan ke rumah pirzan di temerloh ptg semlm selepas tamat kuliah. Ingatkan sempat makan berlaukkan ikan patin tp selepas menikmati mee goreng yg sungguh lazat yg disediakan oleh isteri pirzan, hilang citer nak merasa ikan patin krn masing2 telah kekenyangan. (Aku sendiri tambah hingga 2 kali... hehehe) Kalau pi keluar pun mlm tu, ikan takde waktu mlm, dia dah masuk tido kot....hehehe

Tuesday, April 21, 2009

masih spt dulu

baru sehari di sini dan bersarapan kali kedua, penyediaan makanan bermasalah lg.... Pagi ini hanya seorang pekerja yg dtg, kami makan beehoon bujang jer.... Pelik juga apabila memikirkan bagaimana di sebuah institusi yg memberi fokus kepada latihan dan kursus mengenai pengurusan dan pentabiran tetapi sering mengalami masalah dengan pengusaha makanan asramanya....

Sunday, April 19, 2009

selamat sampai

alhamdulillah, aku selamat sampai lebih kurang jam 4 ptg. Suasana di IAB kelihatan seperti agak suram dan tidak ceria... teringat pd tahun 2005 semasa mengikuti kursus npqh, bagaimana aku boleh sanggup berada di sini selama 6 bulan.....???

Saturday, April 18, 2009

edit blog

aku cuba2 edit blog ni, jadi mcm ni pulak....! heheh


edit semula pd jam 12.55 mlm, join The Black Club...

leadership mentoring


insyaAllah aku akan mengikuti kursus tersebut mulai 19 hingga 22 April di IAB Induk, Genting Highlands. Setakat ini ada 2/3 orang member gb yg sama2 belajar di upsi akan turut serta, seronok jugak dpt berjumpa nanti....

Wednesday, April 15, 2009

darahku menyirap....

dalam perjalanan ke kl, aku singgah berhenti di nilai, cadang nak makan bekal. Wife amik makanan di bonet yg hanya boleh bukak dgn menggunakan kunci. Dah lama rosak kabel penariknya yg terletak di bawah seat pemandu tu. Masuk kereta dgn makanan, wife kata; eh mane kunci ek? Alamak tinggal dlm bonet yg dah ditutup!!! eeei gerammmmmnyer..... berdezup darah aku naik, rasa nak menjerit ada, nak mengamuk ada, nak menangis pun ada.... dah ler kesuntukan masa. Appointment jam 11.00 dan sekarang dah hampir jam 10! Dlm menahan marah, aku cuba bukak seat belakang, alat pulak takde satu pun! Pinjam dgn pekerja dlm lori kecil yg baru parking sebelah. Spanarnye takleh guna, nasib baik dia ada playar kecil. Aku guna pisau ganti screw driver. Aduiiiii...! terluka pulak jari hantu sebelah tangan kanan, kena pisau! Huh!!! suhu kemarahan semakin meningkat.... Dgn serba kepayahan, akhirnya berjaya jugak amik kunci, alhamdulillah!

Start kereta terus jln, malas aku nak makan, hilang dah selera aku. Masih geram kat wife... dia kata tak sengaja.. mmg ler.... tapi ada unsur kecuaian di situ.... pastu tak mintak maaf dan sepatutnye mengaku jer la bersalah, sejuk jugak ler nt hati kita! Ni tak, menjawab pulak org cakap dan mcm nak melawan bila dia kata, nt ler kalau abg buat sesuatu dgn tidak sengaja nt.... Aduhai....ini la antara hari yg malang buat aku seorang atuk.... huhuhu

Monday, April 13, 2009

bawa is3 ke ijn


pada 15 dan 16 april ni aku akan sekali lagi ke ijn bawa isteri utk pemeriksaan jantungnya yg bermasalah...

Saturday, April 11, 2009

Thursday, April 09, 2009

Sunday, April 05, 2009

HPA


dari pagi semalam aku di Seri Warisan Resort Air Keroh mengikuti Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC)...