Monday, September 15, 2008

bubur lambuk

Sesiapa yang berminat untuk memasak sendiri bubur lambuk, cuba ler resepi ini:

Resipi : Bubur Lambuk Chef Sabri
Penyediaan: 200 orang
Masa penyediaan: 3 jam

Bahan:
3 kg Beras - di bersih berasingan
20 lit Air
10 cawan Minyak Masak
8 kg Daging - di kisar ( Minced Meat )
2 kg Sayur campur dingin beku ( Frozen mixe vegetables )
2 cawan Bawang Putih - di kisar
6 cawan Bawang Merah - di kisar
1 cawan Halia- di kisar
3 btg Serai - di kisar
3 cawan Buah keras - di rendam dan di kisar
3 helai Daun Pandan
1 cawan Daun Kari
2 sudu makan Buah Pelaga
2 sudu makan Kulit Kayu Manis
2 sudu makan Bunga Lawang
1 sudu Makan Bunga Cengkih
1 cawan Serbuk Jintan Manis
1 cawan Serbuk Jintan Putih
1 cawan Serbuk Lada hitam
2 cawan Serbuk rempah sup/ kormah
5 lit Santan Pekat
8 kuib serbuk pati daging
2 cawan Garam/secukup rasa
1 cawan Gula
3 biji Air Limau nipis

Hiasan: Bawang Goreng dan Daun bawang di hiris

Cara:
1. Bancuh serbuk jintan manis, jintan putih,ketumbar,lada hitam,serbuk rempah dengan 8 cawan air ,kacau hingga sebati.
2. Panaskan minyak,tumis bawang putih, halia, bawang merah, serai, daun pandan, daun kari,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang hingga naik bau.
3. Masukan bancuh rempah dan kacau hingga pecah minyak.dan masukan air.
4. Masukan beras,serbuk pati tulang, kemudian kacau hingga mendidih dan biar renih hingga nasi menjadi bubur.
5. Masukan santan,buah keras,air limau dan biar renih selama 3o minit.
6. Akhir sekali masukan sayur-sayuran,garam dan gula secukup rasa.

Tip : Ada boleh tambah kerisik jika nak ubahkan rasanya.

Selamat mencuba!!!

2 comments :

maaruftake5 said...

sop, maaruf ni. sabri nak niaga bubur ke? makan 3 mulut je, hhhehehhe

bila nak mari sitiawan?

mari le kita enjoy di pangkor

yusofsipan said...

ya maaruf, ana ingat siafa la tadi laa... bila ente sebut bila nak mari sitiawan, baru la ana ingat sama ente laa, hehehe ada bagus ka??? Keluarga semua sihat??? Alhamdulillah!!!

Terhingin jugak nak ke pangkor, tak penah pi pun... boleh makan ikan/makanan laut sampai mabuk kan? Tengok ler nanti kalau ada kesempatan dan ada rezeki, InsyaAllah sampai jugak......

Terima kasih kerana sudi menjengah blog saya, sering2 la berkunjung!