Friday, September 19, 2008

audit kurikulum

Pagi tadi aku hadiri mesyuarat audit kurikulum bagi tahun 5 berdasarkan UPPM 3 bagi daerah Muar. Kata Penolong PPD Akademik, ini adalah sebagai persediaan awal untuk mengekalkan kedudukan Muar no. 1 di Johor. UPPM 4 (Peperiksaan Akhir Tahun) akan diadakan mulai pada 20 Oktober dan keputusannya nanti akan dijadikan sebagai TOV untuk calon2 UPSR 2009. Ibarat perlumbaan kereta formula one, kita mestilah berusaha mendapatkan petak di hadapan dan akan terus memecut dan mengakhiri perlumbaan sebagai juara!

2 comments :

Anonymous said...

Assalamualaikum Cikgu Yusof,

Saya rasa ianya adalah langkah yang perlu untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.

yusofsipan said...

Waalaikumussalam nizamdib,

Terima kasih kerana sudi berkunjung, kurang tapak tangan, nyiru saya tadahkan...

Kita memang bercita2 untuk melahirkan insan yang kamil melalui pendidikan.