Saturday, December 27, 2014

moga sihat dan selamat

student UMK Pengkalan Chepa
post ini khas buat anakanda yang berada di Kelantan, yang mungkin sedang cemas, takut dan sedih malah kelaparan. Diiringi doa mudah-mudahan sentiasa tabah dan cekal menghadapi kepayahan, jangan lupa melaksanakan kewajipan terutamanya solat fardu lima waktu. Segala pengalaman mendewasakan kita mengharungi kehidupan di dunia yang serba mencabar ini. Selamat kembali ke kampong dengan selamat, amin!!!


Tuesday, December 23, 2014

Berinai, Di manakah Silapnya

Kini di mana-mana pun majlis perkahwinan, acara berinai menjadi kewajiban bagi pengantin lelaki dan perempuan untuk berinai. Sepertimana yang kita maklum, majlis berinai ini mempunyai tiga jenis:

1- Berinai curi
Ianya biasa diadakan pada waktu petang tiga hari sebelum hari perkahwinan. Kebiasaannya pula, kedua-dua tangan dan kaki pengantin perempuan akan diinai untuk tatapan kaum keluarga dan saudara-mara.

Monday, December 22, 2014

menegur

semasa membawa anak aku mendaftar bagi mengikuti kursus praperkahwinan anjuran pejabat agama, petugas di kaunter pendaftaran menegur seorang peserta lelaki yang tidak memakai songkok. Terlupa kata peserta itu dan petugas berpesan esok jangan terlupa pulak. Aku cuma terfikir dan berharap moga penganjur kursus tidak juga lupa untuk menegur peserta-peserta yang datang berdua dengan tunang masing-masing. Perbuatan ini yang sebenarnya menyalahi hukum agama berbanding dengan kesalahan terlupa membawa dan memakai songkok. Mudah-mudahan daripada langkah awal ketika berkursus mendapat rahmat Allah SWT dan berterusan ketika mendirikan rumahtangga serta berkekalan hidup bahagia sebagai suami isteri sehingga ke akhir hayat, amin!!!


Thursday, December 11, 2014

amalan terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Monday, December 08, 2014

jemputan serentak


pada sabtu ni, 13 Disember ada beberapa jemputan kenduri kahwin yang aku tidak dapat hadir kerana serentak dengan majlis nikah anak sedara di Endau. Merancang untuk ke sana pada pagi hari Jumaat dan bermalam. Majlis nikahnya pada pagi hari Sabtu. Malam sabtu tu kalau dapat berkumpul adik-beradik sambil menikmati ikan bakar tentu seronok.....


Thursday, November 27, 2014

lupa nama


awak nama sapa?
tinggal di mana?
macam mane bole solat kat masjid ni?

aku jawab semua soalan abg tu seadanya, tak jadi masalah dan tidak langsung berasa hati kerana gaya dia bertanya tu mmg kelihatan sgt ikhlas dan di akhir perbualan singkat tu dia berkata, saya Daud..... Aduhai, abg Daud tu mmg dah lama aku kenal cuma dah lupa dah nama dia dan aku malu nak bertanya. Dia lupa juga nama aku tapi bersahaja jer dia tanya......


Monday, November 24, 2014

bertukang


hari ini sibuk bertukang, gantung frame carta warga sekolah dan frame ayat Quran serta buat 2 frame kayu banner 2 x 4 kaki. Cukuplah untuk hari ini, esok buat lagi. Esok nak call Cikgu Sudin la, nak mintak tolong.....hehe


buang sampah

petang semalam ketika balik dari solat asar di masjid, pemandu kereta waja di depan aku membuka pintu di sebelahnya dan membuang tisu. Sikap tidak membuang sampah merata-rata rupa-rupanya susah sangat untuk diamalkan. Mungkin juga kerana sifat hanya mementingkan diri sendiri yang mendorong pemandu kereta waja itu bertindak sedemikian.

Sunday, November 23, 2014

janggut

ada yg suka kat orang yg berjanggut dan juga yg tak suka tapi tak apalah hak masing-masing. Apa yg lebih penting menyimpan janggut adalah sunnah nabi dan moga kita lakukannya semata-mata kerana utk mendapatkan redhaNYA.


Saturday, November 22, 2014

ikan mabuk di Muar

Muar: Penduduk daerah ini gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini, tengah hari tadi.

Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut. Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang.

Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu.


Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro pada : Selasa, 18 November 2014 @ 6:08 PM

Saturday, November 15, 2014

nazeri bidor

yg pakai spek hitam....
baru sekejap tadi call aku, bertanyakan kabo;
ape kabo sof
alhamdulillah, sihat2, ko mcm mane?
biase le, sihat
alhamdulillah, ko kat mane ni
kat rumah le, ko kat mane, no 1 ke no 2 ke no 3 hahaha
no 2 ni, atas katil ni, pas subuh sambung tido, hujan la kat sini
kat sini tak hujan, smlm ptg ade le
kat sini pun ptg smlm lebat
nape mcm tikus jatuh ke beras je, menyepi
haah la....
lama dah ko tak muncul2 kat fb
haah mmg lama dah, dah malas la
ko msh ingat si Munim tak

Friday, November 14, 2014

Senang Dengan Cara Berpikir Bu Guru


Di sebuah sekolah dasar, suatu saat seorang guru bertanya pada salah satu muridnya.
Bu Guru : “Udin tolong jawab pertanyaan ibu yaa… Kalo ada 5 ekor burung di jendela, kemudian ditembak satu, berapa yang masih tertinggal?”
Udin : “Habis dong Bu, kan lainnya pada terbang”
Bu Guru : “Salah, harusnya dijawab masih tinggal 4 ekor, tapi saya senang dengan cara berpikir kamu…..”
Di saat yang lain Udin balik bertanya pada Bu Guru.
Udin : “Bu Guru tolong jawab pertanyaan saya… Kalo ada tiga orang cewek, masing-masing membawa es krim, cewek pertama makan es krim dengan dikunyah sedikit2, yang kedua dengan menggigit es krim dan contongnya, dan yang ketiga dengan menjilati dan mengulumnya, Manakah diantara ketiga cewek itu yang sudah menikah?”
Bu Guru : “Hmmm… pasti yang makannya dengan menjilati dan mengulum es krim yaaaa”
Udin : “Salah… harusnya dijawab yang memakai cincin kawin, tapi saya senang melihat cara berpikir Bu Guru…”
Bu Guru : “???!!!”

berasa

membaca bait-bait sajaknya
hati ini
meronta-ronta
ingin disusun jua
sebait dua kata
atau seribu kata
namun
masih terbelit dalam minda
tidak lepas bicara
hilang laras bahasaku
biarlah dulu....... (teringat pula kepada haiku)



Thursday, November 13, 2014

Tuesday, November 11, 2014

post lama


Merayau-rayau di blog sendiri, terjumpa post spt di bwh ni, tertarik hati le pulak utk diterbitkan semula.....

aku baru dapat seorang guru KPLI, opsyen BI, tanya punya tanya rupa2nya dia dah ada master (undang2), nape tak terus jadi lawyer? Minat jadi guru katanya, mudah2an dia akan menjadi guru yang berjaya..
(posted by ybs at 2:41 PM on Dec 28, 2007)

Cuba lihat komen oleh seorang 'tanpa nama' (anonymous), menarik jugak.....

cucu ketiga


melayan Muhd Naufal Iman bin Azlan......


Sunday, November 09, 2014

hati tak cukup besO


sorang member call tanya kenapa aku tak hadir majlis meraikan persaraan, aku jawab takde kad jemputan la, dia kata sepatutnye mmg ade, dtg le, majlis baru bermula ni.....dia passing hp kat sorang member rapat yg lain yg turut meminta aku dtg, aku kata in sha Allah, msh di ofis ni, aku pun bergegas keluar awal dan memecut ke lokasi majlis. dlm perjalanan hati aku msh berbelah-bagi sama ada nak join majlis itu atau pun tidak. Aku sepatutnya ber'besar hati' kerana msh ade kekawan yg msh ingat kat aku. Ketika hampir sampai ke lokasi majlis hati aku berubah, rupa-rupanya hati aku tidak cukup besar, aku terus membelok ke jalan menuju pulang ke rumah.....

Thursday, November 06, 2014

asal-usul lemang


Alkisah, ianya berlaku pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada masa itu terdapatlah seorang jeneral Jepun yang kejam bernama Hazigawa Yamamoto. Beliau amat terkenal dengan kezalimannya namum beliau amat gemarkan pulut yang dimasak oleh penduduk Tanah Melayu ketika itu.

Tuesday, November 04, 2014

sukan gabungan


bersama-sama guru besar SK Parit Bulat (di tengah) dan guru besar SK Simpang 4 (yang di kanan sekali). Mereka menggunakan padang SK Sri Jamil bagi mengadakan sukan tahunan secara bersama.


Saturday, October 25, 2014

Friday, October 24, 2014

terbakar api



Berhati-hati (baca jangan) bermain api, kelak terbakar diri sendiri. Api, semasa kecil menjadi kawan, sesudah besar menjadi lawan....


Friday, August 01, 2014

Tidur lama ganggu ingatan


NEW YORK 31 Julai Saintis menyatakan, individu yang tidur lebih daripada lapan jam sehari boleh mengalami gangguan tahap ingatan dan gagal membuat keputusan dengan baik.

Thursday, July 10, 2014

PUASA


BEBERAPA ISU HUKUM SEMASA BERPUASA (1)
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Menjelang Ramadan banyak hukum hakam yang sering dibangkit berkaitan puasa. Di sini saya senaraikan sebahagian dari jawapan saya terhadap beberapa isu hukum berkaitan puasa. Pandangan-pandangan yang dipilih adalah yang saya yakini lebih mendekati maksud nas dan sifat Islam yang rahmat.

Monday, July 07, 2014

Bahaya minum air sejuk ketika berbuka


Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.

Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.

Friday, July 04, 2014

berbudi pada tanah


pisang serendah (13 sisir)

durian belanda 
alhamdulillah, hasil tuaian pagi ini....


mahal tak?


dua hari lepas beli ketupat di pasar ramadhan, harganya seringgit sebiji, macam mahal je kan.....

Monday, June 23, 2014

cucu ketiga





Alhamdulillah, cucu ketiga (lelaki) telah selamat dilahirkan lbh kurang jam 9 mlm semalam (22/6/2014).

Friday, May 30, 2014

buah longan brazil


Dalam usia melebihi setengah abad, inilah kali pertama aku makan buah ni. Lihat selanjutnya di sini.


Monday, April 14, 2014

8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.

Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Thursday, April 03, 2014

tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto


Tahukah anda terdapat tips atau cara guna gear yang betul untuk kereta auto. Walaubagaimanapun artikel ini sesuai untuk kereta automatik yang mempunyai butang tombol pada gear.

Monday, March 31, 2014

kembali ke rahmatullah


Bonda tercinta, Pn Hjh Endon binti Suliman telah meninggal dunia pada jam 4 lbh pagi tadi dan telah selamat berehat di persemadian sebelum zohor. AlFatihah!

Saturday, March 22, 2014

sajak buat Kapten Zaharie

Kapten Zaharie
Saya mungkin tidak kenal tuan tetapi saya tahu, tuan sudah lakukan yang terbaik
saya mungkin tidak tahu pandu pesawat
tetapi saya tetap tahu tuan akan lakukan terbaik
saya mungkin sedih dengan hilangnya MH370
tetapi saya tahu keluarga tuan lebih sedih dari saya
kami sedih kehilangan MH370
tetapi saya tahu tuan, jiwa tuan lebih cedera dari kami semua

Friday, March 14, 2014

konspirasi seterusnya...


Sila baca di sini.


konspirasi lagi...

MH370 Berada di Maluku

Kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke tujuh. Tiada satu pun tanda bahawa kapalterbang besar tersebut terhempas atau dirampas mana-mana pihak. Walaupun ada pihak di China mendakwa merampas kapalterbang tersebut namun dakwaan mereka tertolak kerana tiada sebarnag tuntutan atau bukti-bukti lain.

Malaysia adalah sebuah negara yang sering sahaja mencipta nama buruk sejak PM Najib menerajui pemerintahan. Malaysia pernah dinobat negara paling rasuah dalam perniagaan, pendidikan paling buruk di Asia, Perdana Menteri paling boros dan lain-lain.

Tuesday, March 11, 2014

Berdoa Untuk Orang Bukan Islam


Zaharuddin Abd Rahman berkata,

"Ada yang bertanya kepada saya, bolehkah berdoa untuk orang bukan Islam dalam pesawat MH370?. Solat hajat untuk mereka sekaligus?.

Jawabnya, BOLEH berdoa kepada semua, muslim dan non Muslim agar SELAMAT, SIHAT, termasuklah selamat pulang dan pergi atau mendapat hidayah.

Imam Nawawi juga menyebut HARUS doa belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya & bukan redha atas kekufurannya. Nabi pernah berdoa antaranya ( اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)

Namun bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan tidak Islam, telah disepakati ulama, TIDAK BOLEH berdoa KEAMPUNAN & RAHMAT Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah Surah At-Tawbah 113."