aku baru dapat seorang guru KPLI, opsyen BI, tanya punya
tanya rupa2nya dia dah ada master (undang2), nape tak terus jadi lawyer? Minat
jadi guru katanya, mudah2an dia akan menjadi guru yang berjaya..
(posted by ybs at 2:41 PM on Dec 28, 2007)
Anonymous said...
Mungkin ada hikmah disebaliknya.saya juga seorang guru KPLI.
Dulu ambil kursus Komp.Sc..sekarang bakal guru sk mengajar BM..totally
different..kadang-kadang rasa mcm janggal juga..terutamanya pandangan
masyarakat terhadap kami."kenapa nak jd cikgu?, kenapa xjd lawyer? kenapa
tak jadi engineer? kenapa xjd programer?.betul ke minat nak jadi cikgu ni? atau
sebab tiada kerja lain?"..ni semua cabaran besar buat kami....dulu pernah
kerja bidang IT..tapi xsesuai dengan jiwa saya...kadang rase serba xkena dengan
kerja yang saya buat..mane silap nya? mungkin silap saya sendiri atau mungkin
silap pendidikan yang saya lalui selama 11 tahun? dan ini juga mungkin saluran
untuk memperbaiki apa yang kurang dalam sistem pendidikan yang ada..ni satu
lagi cabaran yang maha besar..."melakukan perubahan"..lihatlah kepada
perkara yang tersirat berbanding perkara tersurat..kerana yang tersirat
memerlukan pandangan mata hati yang memerlukan banyak ilmu didada..Selamat
bertugas diucapkan kepada guru KPLI diluar sana ..tidak kira anda minat atau tidak kerana
pilihan telah dibuat..pesanan ini ditujukan kepada dii saya sendiri dengan
berpegang kepada kata keramat dibawah :
“PENDIDIKAN DI
MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI
INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG
DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA YANG
BERILMU PENGETAHUAN, BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN
BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN MASYARAKAT DAN NEGARA.”
wasalam
January 3, 2009 at 9:43 AM
cikguyusof said...
anonymous, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya.
Alangkah manisnya kalau saudara/saudari memilih identity wp hanya sekadar
nickname ketika publish your comment. Wbm pun moga cikgu terus menjengah blog
ini dan memberi komen.saya bersetuju dgn pendapat cikgu. Kesilapan memang ada
di mana2, apatah lagi kita sebagai insan yg serba dhaif. Sistem pendidikan kita
bukanlah suatu yg sempurna, ia digubal oleh manusia yg sudah pasti banyak
kekurangannya. Moga kesedaran kita tentang perlunya dilakukan 'perubahan' akan
menghasilkan suatu phenomena pendidikan yg lebih baik daripada apa yg sedia
ada. Selamat bertugas cikgu!
January 3, 2009 at 5:23 PM
No comments :
Post a Comment