Thursday, November 06, 2014

asal-usul lemang


Alkisah, ianya berlaku pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Pada masa itu terdapatlah seorang jeneral Jepun yang kejam bernama Hazigawa Yamamoto. Beliau amat terkenal dengan kezalimannya namum beliau amat gemarkan pulut yang dimasak oleh penduduk Tanah Melayu ketika itu.



Pada suatu hari, di sebuah rumah di Kg Teluk Kembang Kemboja ada mengadakan kenduri perkahwinan. Oleh kerana amat rendahnya taraf hidup rakyat ketika itu serta kesempitan hidup yang tidak dapat dibendung maka tuan rumah yang dikenali sebagai Wardi Digoyo hanya menyajikan pulut sahaja untuk dijamu kepada para tetamu.

Oleh kerana hasad dengki oleh pihak yang bernama Ahmad Al-Majid maka telah melaporkan bahawa tuan rumah tersebut ada menyajikan pulut kepada para tetamu. Amat murka dan berang sekali Jeneral Hazigama Yamamoto kerana beliau tidak dijemput untuk menikmati hidangan kegemaran beliau itu. Maka bergeraklah beliau bersama-sama lapan belas tentera Jepun yang lain.

Ketika hampir sampai di rumah Pak Wardi, menjadi kelam kabut seluruh isi rumah dan para tetamu. Oleh kerana Pak Wardi takut semua santapan yang disediakan untuk para tetamu akan dibawa pergi oleh Jeneral Hazigawa Yamamooto maka Pak Wardi mengambil keputusan untuk menyorokkan pulut tersebut.

Pak Wardi telah mengambil  buluh dan menyorok pulut di dalamnya. Oleh kerana takut pulut tersebut terkena miang buluh maka buluh tersebut dilapik dengan daun pisang. Namun Pak Wardi masih ragu-ragu kerana pulut tersebut masih kelihatan. Beliau berfikir sejenak, “kalau aku letak air mesti nampak juga, baik aku sorok dengan santan” Maka beliau pun membubuh santan di dalan buluh yang telah diisi pulut itu.

Jeneral Hazigawa tersangat berang dan apabila didapati pulut yang diidam-idamkan tiada di rumah Pak Wardi malah Pak Wardi juga menafikannya. Oleh kerana terlalu marah maka Jeneral Hazigawa Yamamoto telah mengambil tindakan membakar rumah Pak Wardi. Pak Wardi berasa sangat kecewa.

Setelah tentera Jepun berlalu pergi dan api telah padam, Pak Wardi menguis kesan kebakaran rumahnya untuk mencari apa-apa yang tertinggal yang masih boleh dipakai atau digunakan. Tiba-tiba Pak Wardi terjumpa buluh yang digunakan untuk menyimpan pulut yang disoroknya daripada dijumpai oleh tentera Jepun.

Beliau kemudiannya telah mengopek buluh tersebut dan merasa pulut yang telah berubah rupa kerana buluh tersebut telah hampir hangus terbakar. Eh…. sedap le pulak!!!

Disalin semula daripada sumber di sini.


No comments :