Saturday, November 22, 2014

ikan mabuk di Muar

Muar: Penduduk daerah ini gempar apabila ribuan ikan terutama gelama muncul di permukaan Sungai Muar berhampiran Masjid Sultan Ibrahim di sini, tengah hari tadi.

Kejadian dikenali sebagai fenomena 'ikan mabuk' menyaksikan ribuan ikan timbul dan melompat-lompat di sungai ketika air surut. Ia berlaku dipercayai disebabkan peralihan air sungai dan campuran air hujan di sungai berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menjaring atau menangkap ikan hingga mampu membawa pulang lebih 10 kilogram seorang.

Kebanyakan pengunjung yang hadir akan membawa jaring atau sanggup membeli jaring baru kerana tidak mahu melepaskan peluang menjaring 'ikan mabuk' di sungai itu.


Artikel ini disiarkan oleh Harian Metro pada : Selasa, 18 November 2014 @ 6:08 PM

No comments :