Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga, sudah pasti
kita mahu sesuatu yang menyegarkan. Salah satunya adalah dengan mengambil air
sejuk. Dengan air sejuk rasanya tubuh akan kembali segar. Tapi, tahukah anda
apabila kita berbuka dengan mengambil air sejuk kesihatan kita boleh terganggu.
Menurut kajian, minum minuman sejuk ketika berbuka puasa
boleh menyebabkan kejang pada perut. Selama 14 jam perut dalam keadaan kosong
apabila diisi dengan air sejuk, maka perut akan terkejut dan menyebabkan
penguncupan. Inilah yang menyebabkan kita terdedah dengan penyakit ulser.
Selain itu, apabila kita sering mengambil air sejuk, berat
badan kita akan bertambah. Mengapa demikian? Kerana air sejuk boleh membekukan
lemak yang ada di darah kita. Sehingga menyebabkan peredaran darah tidak
lancar. Apabila darah tidak lancar maka proses pembakaran lemak dan metabolisme
tubuh akan terganggu. Dan ini boleh menyebabkan badan menjadi gemuk. Ketika
kita sudah makan dan mengambil minuman sejuk, maka air sejuk itu boleh
menyempitkan usus dan menggangu proses pencernaan. Akibatnya perut boleh
menjadi buncit.
Oleh itu, untuk kita terhindar dari gangguan kesihatan sepanjang
berpuasa, alangkah baiknya kita atur pola pemakanan kita. Biasakan ketika
berbuka puasa bermula dengan meminum air putih yang tidak sejuk. Lalu kita juga
boleh mengambil makanan yang bersifat manis seperti kurma dan manisan. Selepas
5-10 minit, barulah kita boleh mengambil air sejuk kerana keadaan perut sudah
stabil.
No comments :
Post a Comment