Kehilangan MH370 sudah memasuki hari ke tujuh. Tiada satu
pun tanda bahawa kapalterbang besar tersebut terhempas atau dirampas mana-mana
pihak. Walaupun ada pihak di China
mendakwa merampas kapalterbang tersebut namun dakwaan mereka tertolak kerana
tiada sebarnag tuntutan atau bukti-bukti lain.
Menyorot kembali peritiwa sebelum kehilangan MH370. Pada
hari sebelumnya, Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah
meliwat Saiful. Sejak waktu hukuman dijatuhkan, para pejuang cyber Pakatan
Rakyat telah melaungkan hasrat mengadakan demonstrasi besar-besaran yang
dinamakan REFORMASI 2.
Pelbagai bentuk banner dan rayuan disebar di media sosial
dan mendapat share yang sangat banyak. Ramai para penyokong Pakatan Rakyat
menyatakan hasrat untuk mmenyertai demo berkenaan.
1. Jangkaan bahawa TV3 dan TV nasional akan memainkan isu
Anwar dihukum penjara lima
tahun tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya kesemua stesen tv Malaysia tidak
menyebut langsung akan berita Anwar dijatuhi hukuman kecuali pada hari hukuman
dijatuhkan. Hari berikutnya semua stesen TV mematikan berita Anwar dihukum
penjara. Tidak seperti biasa yang mereka lakukan apabila ada berita yang
berkaitan Anwar Ibrahim yang menuntungkan BN.
Apa yang ditimbulkan adalah berita MH370 hilang dari radar
dan tidak diketahui nasibnya. Berjam-jam televisyen menyiarkan berita tentang
MH 370.
2. The Malaysian Insider melaporkan bahawa dalam
kapalterbang tersebut terdapat beberapa orang individu yang bekerja dengan
tentera Malaysia
untuk program persenjataan moden. Antara perkara yang mereka usahakan adalah
menghilangkan kapalterbang dari dikesan radar.
Berdasarkan maklumat semua medium berita, MH370 tidak dapat
dikesan oleh mana-mana radar selepas hubungan terakhir Juruterbang utama dengan
Menara kawalan KLIA.
3. Bagi menutup sesuatu, ada pihak telah mengupah raja bomoh
untuk melakukan ritual bagi mengesan MH370. Ritual yang memalukan Islam dan Malaysia itu mendapat cemuhan antarabangsa
termasuk rakyat Malaysia
sendiri.
Raja bomoh itu mendakwa MH370 terapung antara tiga negara serta menunjukkan
ada kaitan alam ghaib dengan kehilangan MH370
4. Raja bomoh tidak sendirian kerana ada seorang pengkaji
yang ditemuramah TV3 turut mempunyai pendapat MH370 dighaibkan oleh kuasa
tertentu. Masa dan keadaan akan menentukan sama ada MH370 dapat ditemui atau
tidak.
Segalanya adalah untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa
MH370 hilang kerana kuasa ghaib. Malangnya rakyat Malaysia bukan sebodoh itu.
5. Apabila nelayan menemui rakit milik pesawat di Selat
Melaka, menteri dengan selamba menjawab bahawa rakit berkenaan 'tiada kaitan'.
Perlu diingat bahawa menteri berkenaan tidak melihat sendiri atau mendapat
meklumat dari pakar forensik tentang rakit berkenaan tetapi menteri berkenaan
begitu yakin menyatakan bahawa rakit itu tiada kaitan dengan MH370.
Kesimpulan yang gua ada adalah;
Kehilangan MH370 adalah satu konspirasi yang mendapat
sokongan beberapa negara bagi membantu Malaysia menghalang REFORMASI kali
kedua. MH370 hilang dari radar kerana kebijaksanaan pakar-pakar yang bekerja
dengan angkatan tentera Malaysia
yang berada dalam kapalterbang tersebut.
MH370 tidak terhempas atau dirampas mana-mana pihak tetapi
mendarat dengan selamat di suatu tempat yang tidak diketahui.
Berdasarkan laluan asal, hati gua menyatakan bahawa MH370
mendarat dengan selamat di kepulauan antara Indonesia dan Filipina. Pulau Maluku adalah yang terbaik untuk
menyorokkan kapalterbang yang tidak dikesan radar.
Mengapa Maluku???? sindri mau ingat la bro
Kita lihat siapa yang kena.... tunggu
No comments :
Post a Comment