Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan
manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko
serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari
pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam
jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai
spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki
tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini.
Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di
Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20
jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan
metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki,
kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian
kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan,
mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu
menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis.
Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika
kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar
(colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus,
sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis
tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain,
berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya
menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh
anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil
vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan
memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda
akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira
6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya
diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of
Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak
badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan
secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan
ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi.
Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah
depresi.
No comments :
Post a Comment