Thursday, June 30, 2011

senasibkah aku???

Pagi tadi aku hadiri majlis meraikan persaraan seorang rakan gb. Aku belek setiap helaian mukasurat buku program dan apabila membaca catatan biodata gb, perasaanku bercampur-baur antara terkilan, geram, hiba dan sayu ketika membaca peranggan berikut:

"Walaupun beliau banyak mencurahkan bakti di peringkat zon hingga ke negeri, namun beliau tidak pernah diberi sebarang anugerah dan penghargaan sepanjang perkhidmatan beliau. Namun prinsip beliau, jasa yang dicurahkan bukan untuk dibalas......." "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"

Mungkin ada kesilapan di mana2 oleh siapa-siapa dan jugak hikmah di sebaliknya!!!

18 comments :

Teja RB said...

xpe gb, nnt teja bg anugerah... anugerah GBJT...

hehe...

ybs said...

ape GBJT tu teja?

Teja RB said...

GB Janggut Terpanjang... ekekeke

ybs said...

ok jugak anugerah tu....

kembara kelana said...

rezeki dari Allah...tu yang penting...menuai diakhirat...tu lagi penting...GB pinang seribu...memang tawaduk

mpmn said...

ybs...

sbgi manusia kdg2 kita tak boleh tipu perasaan. ada masanya kita akan terdetik juga kerana tidak dihargai wp kita berjaya membawa kemajuan pd sekolah. tapi..sabr je n pujuklah hati sendiri. moga Allah membalas dlm btk yg lain.

Faris said...

Buat apa kerja mengharapkan anugerah. Anugerah di akhirat adalah yang terbaik. Cop, kalau kau nak juga nanti aku bagi anugerah. Sijil aku beri sendiri. He he he .... Selama 3 tahun 3 bulan aku disekolah dan menaikkan pencapaian UPSR sekolah sehingga memecahkan rekod sedia ada dan masih tak diatasi, aku juga tak pernah terima anugerah tu. Lillahi Taala Cop.

ybs said...

sof,
mmg itu ler hakikatnye.... dan moga sifat baik yg menjadi sangka baik ko tu benar2 menjadi realiti dlm diri aku!

ybs said...

pirzan,
aku bersetuju sgt dgn pandangan ko tu....

ybs said...

faris,
mmg ler niat kene ikhlas..... namun dr insiden tsb kita bole mengambil ikhtibar, pertamanya jika kita memberi sumbangan jgn ler mengharapkan ape2 pun balasan dunia dan keduanye jika kita berada di pihak yg mempunyai otoriti utk memberi penghargaan jgn ler sampai terlepas pandang terutama kpd sesiapa yg sememangnye banyak memberi sumbangan..... yg tak berape banyak sumbangan pun apalah salahnye diberi jugak anugerah lbh2 lg yg dah nak bersara tu!

ko beri ler aku anugerah banyak2.... hehe

Anonymous said...

Sebenarnya Allah SWT telah menentukan kita dapat anugerah ke tak.Mungkin Allah nak bagi yang lebih lagi kat sana...

ybs said...

anony,
sy setuju....

Aida Ali said...

Kita kerja syok sendiri jelah yang baiknya. Sebab kita je tau apa kejayaan yang kita dah buat...

tokek gekko said...

manusia mohon kepada manusia...sebab tu kadang kala dapat,kadang2 tak dapat.mohon pada Allah pasti dapat... percayala sahabat ku... kadang kala kita tidak sedar nikmat yg kita dapat lebih besar dari anugerah yg manusia beri...Aku dapat tahun sudah,tapi aku tidak pernah mengharap.aku percaya konsep REZEKI ALLAH YG BERI.

ini kita kena pesan kpd guru2 kita supaya mereka jangan merasa terdetik dihati apabila tak dpt anugerah.kalu dapat pun kalu bukan rezeki kita ...ia habis begitu saja....ada2 saja ...kereta rosak..anak2 demam dan mcm2 lagi yg kena keluar wang.

ybs said...

cg Aida,
mmg selama ini kita selalu keje syok sendiri....

huhu

ybs said...

tokek gekko,
aku setuju sangat dgn pandangan dan prinsip ko tu....

Anonymous said...

anugerah yang paling bermakna adalah kejayaan anak-anak murid. tidak terasa penat langsung melihat pelajar yang dididik memperoleh kejayaan

ybs said...

anon,
benar dan tiada yg tidak benar melainkan benar belaka....

hehe