Petang tadi aku menerima panggilan drp seorang rakan gb, nak bersembang katanya kerana walaupun selalu berjumpa tetapi keadaan sering tidak mengizinkan kami untuk berbual panjang. Sebenarnya dia nak mengadu hal tentang gpk yang tidak sebulu dengannya yang juga pernah satu sekolah dengan aku. Dia bertanyakan bagaimana keadaan gpk itu dulu dan apakah tindakan yang telah aku lakukan. Aku terus terang mengaku bahawa aku sendiri gagal untuk mengatasi masalah gpk tersebut dan terpaksa meminta ppd untuk menukarkannya ke sekolah lain. Sejak ditukarkan dan berada di sekolah sekarang, gb yang sebelum ini (telah bersara), juga tidak tahan melayan karenahnya. Gb sekarang pun dah tidak tahan dan berasa sangat tertekan dengan perangai gpk tersebut. Dia bercadang untuk membawa perkara ini ke ppd dan meminta tolong aku mememainya. Aku bersetuju......
Rupa-rupanya gpk tersebut masih tidak berubah sepertimana ketika bertugas di sekolah aku dulu. Dia kelihatannya sangat susah untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan orang lain. Apalah yang dapat kita lakukan selain daripada usaha setakat kemampuan dan juga berdoa?
Rupa-rupanya gpk tersebut masih tidak berubah sepertimana ketika bertugas di sekolah aku dulu. Dia kelihatannya sangat susah untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan orang lain. Apalah yang dapat kita lakukan selain daripada usaha setakat kemampuan dan juga berdoa?
12 comments :
teja cadangkan supaya gpk tu ditukarkn jd tukang kebun je... amacam???
hehehe...
tukang kebun di sekolah atau di rumah teja???
Cop,
Senang aje. Jalankan prosedur tatatertib. Kumpul setiap kesalahannya. Catat, amaran lisan, surat amaran dan semak di bawah GO mana yang boleh dikenakan tindakan. Kau bawa pulut kuning datang jumpa aku.
yeler faris....
Sop kau tau apa nak buat...tapi sajer jer tak nak buat..sebab kau jaga nilai kemanusiaan....nama usop memang hati lembut
sabar jelah. mengurus manusia tdk semudah yg disangka. kita selalu lupa bahawa yg mengubah tingkah laku manusia itu bukan di atas usaha kita tapi semua tu dgn kehendaknya jua.
nabi kita tak mampu mengubah pendirian bapa saudaranya. jadi serahkan pekerjaan kita pd Allah. kita ni tak ada apa pun.
jgn salah fhm pulak, bkn maksud aku kita berpeluk tubuh je tapi usaha kita itu pun hdklah dipdg anugerah dariNya.
sof,
ko pun berhati lembut ke...? nampak mcm ganas jer!
hehe
pirzan,
mmg itu ler hakikatnye....cuma kekadang kite terlupa utk mendoakan kebaikan kpd org yg bermasalah spt itu....
huhu
kesian gpk tu.....apakata bagi dia jadi GB pulak.. satu minggu udah le....kita pula jadi gpk yg berperangai mcm dia.. hheheheeee bior di pula merasa. ini juga satu perubahan.
tidak semudah untuk mengubah seseorang...melainkan orang itu sendiri bermuhasabah atas apa yang dia telah lakukan.....(ada juga yang tidak 'sedar' diri....atas kesalahan yang dilakukan)
tokek gekko,
ape lak seminggu jer, bagi dia naik pangkat jd GB betol2, biase jugak pe guru2 yg bermasalah dpt naik pangkat.... tak tahu ler kat tempat ko tp kat tempat aku mmg penah berlaku!
anon,
pepatah omputeh kata, 'kamu bole bawak kuda ke tepi sungai tp kamu tak bole memaksanye utk minum....'
Post a Comment