Anas r.a. berkata: Ada tujuh bentuk pahala yang diterima
seseorang selepas ia mati:
1. Orang yang mendirikan masjid, tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan orang untuk beribadat.
2. Orang yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum darinya.
3. Orang yang menulis mushaf selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Orang yang menanam tanaman selagi ada yang memakannya, baik manusia atau burung.
6. Orang yang mengajarkan ilmu yang berguna selagi diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang mendoakan dan meminta ampun untuk kedua-dua ibu bapanya.
Nota: Amalan orang mati dah terputus tetapi pahalanya masih terus mengalir sekiranya ia menanam saham akhirat semasa hidupnya.
8 comments :
kita ni masuk kategori mana yek? gali parit lek tak? heeeeee....eeeee.
anon,
kalau gali parit tu dgn niat yg betol dan memberikan kebaikan, dpt ler jugak pahala tp bila mati tak dpt ler lg pahala sbb dah takleh gali parit lg.....
hehe
didik anak-anak moga jadi anak yang soleh dan solehah....anak aset utama kita
Pustaka NurIman,
insyaAllah, mudah2an diberi kekuatan, taufik dan hidayah utk melaksanakannya....
ish ish ish...canggih betul blog org nih...maaf sopp ...aku nak ngomen pun tercari cari camana...hebat kawan aku ni...tahniah...cantik blog
ala sof, mcm tu pon ko kata canggih ke...???
assalam..
trm ksh dgn prkongsian ni :)
maiyah,
waalaikumussalam.... terima kasih kembali!
dah lulus ke lesen memandu?
Post a Comment